Saturday, 18 June 2011

Hayabusa, Spacecraft Yang Telah Mencipta Rekod Dunia!!


Spacecraft Jepun yang dinamakan Hayabusa ini telah dirasmikan oleh Guiness World Recors sebagai pesawat angkasa pertama di dunia yang kembali ke bumi dengan membawa material yang dikumpul dari Asteroid.
Penganugerahan itu dilangsungkan pada Julay tahun lalu sempena ulangtahun pesawat tersebut.


Model Hayabusa dengan Sekala 1:2
Pesawat tanpa pemandu ini dilancarkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) menuju ke asteroid Itokawa pada tahun 2003, menghabiskan tiga bulan di asteroid berbentuk seperti ubi kentang itu yang mempunyai diameter sehingga 500 meter.


Pesawat utama beserta kapsul penyimpanan data telah kembali ke bumi pada tahun 2010 setelah mengharungi perjalanan selama 7 tahun sejauh lebih 6 juta kilometer. Namu begitu, pesawat ini sepatutnya pulang ke bumi pada tahun 2007. Masalah teknikal telah memaksa pesawat ini untuk terus mengorbit di angkasa selama 3 tahun lagi.

Guinness World Records mengakui Hayabusa sebagai "pesawat luar angkasa pertama yang "take-off" dari sebuah asteroid."


Gambar Hayabusa memasuki atmosfera Bumi
Hayabusa mendarat ke bumi dengan parachute


Kapsul yang membawa material asteroid






1 comment: