Thursday, 9 June 2011

Ahli politik cadang lelaki simpan hamba SEKS


KUWAIT - Seorang ahli politik wanita Kuwait, Salwa al-Mutairi (gambar) mencadangkan supaya golongan lelaki dibenarkan menyimpan hamba seks yang terdiri daripada kalangan banduan wanita bukan Muslim di negara-negara yang dilanda peperangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Salwa menyatakan bahawa menyimpan hamba seks dapat menyelamatkan lelaki dewasa Kuwait daripada berzina yang boleh menghancurkan perkahwinan.

Dia menyatakan, semasa mengunjungi Mekah, dia pernah meminta pandangan beberapa cendiakawan Islam mengenai hamba seks.

Menurutnya, mereka memberitahu bahawa hamba seks tidak haram.
Aktivis politik dan pengacara televisyen itu berpendapat cadangan tersebut dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada tahanan perang wanita yang kemungkinan bakal meninggal dunia akibat masalah kelaparan ketika berada dalam penjara.

Salwa berkata: "Sebagai contoh, di Chechnya, pastinya terdapat tahanan wanita Rusia. Justeru, pergilah ke sana, beli mereka dan jual wanita tersebut di Kuwait.

"Tiada apa yang perlu dimalukan dalam hal ini dan ia tidak haram (dilarang) di bawah hukum syariah Islam."
Dia mengambil contoh pemerintah Islam pada abad kelapan, Haroun al-Rashid yang didakwa menyimpan hampir 2,000 orang gundik. 

Salwa turut memberi cadangan agar pejabat-pejabat yang menjalankan perniagaan menjual hamba seks itu dibuka kerana ia memiliki persamaan seperti agensi yang melatih khidmat pembantu rumah.
Cadangan Salwa itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan dan reaksi negatif daripada umum yang melemparkan kemarahan menerusi laman Twitter ekoran saranan tersebut. - Agensi

sumber : kosmo
p/s : apa pendapat korang? waras tak perkara ini diluluskan? cuba fikir nak suami berzina ke atau nak sumai ada hamba seks? hihi STRESSS

21 comments:

  1. Gila ke ape. Setiap manusia ada hak utk hdup bebas. Kalo kna laki yg kuat mendera mcmana.

    ReplyDelete
  2. ni lagi memalukan islam adelah. lagilah org barat pandang serong kat islam.. haih... =.=

    ReplyDelete
  3. Al-Quran > Surah An-Nisaa’> Ayat 3
    Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

    ReplyDelete
  4. saya sokong patut ada hamba seks..tidak haram pun..kamu patut fikir positif bukan negatif...ni la manusia skang ni..fikir negatif ja..

    ReplyDelete
  5. @Anonymousaku sokong dgn pendapat tersebut...ini adalah cara y terbaik untuk mengelak zina y semakin berluas luasa

    ReplyDelete
  6. sebelum komen, siasat dulu...cari ayat2 Quran yg ada...jgn men ckp je...kan Salwa Al-Mutairi ada ckp yg die slalu mengunjungi Makkah & meminta pandangan dr cendiakawan Islam ttg hamba seks... itu bermakna die dh kaji sedalam2nya... sila klik link ni kalo nak kepastian... http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/04/30/bersetubuh-dengan-hamba/

    ReplyDelete
  7. bodoh nyer org xblaja islam tol2 nk komen! keyri n alif y bodoh~

    ReplyDelete
  8. kesian la prmpn2 tu klu d jadikn hamba seks utk kaum llk...ibarat kluar mulut buaya masuk mulut harimau...huhuhu...x ptt rasanya ada undang2 mcm tu...itu da kira maksiat gak...

    ReplyDelete
  9. @Anonymous
    lawak gak ko nih..kan xharam tu...sbb tu dia kata gi beli tahanan perang jadikan hamba...hamba mmg boleh..sbb tu salah satu care 'bayar' ganti puase adalah membebaskan HAMBA... ish3...

    ReplyDelete
  10. setuju.....itu lebih baik.....hamba mmg ada dalam al-quran.....so yg nk marah2 ckp tak waras tu..sila belajar bg habis dulu ya

    ReplyDelete
  11. jap2...kalo jd kan pmpuan sebagai hamba seks bkn ke ia sebagai zina jugak??kan x kawin ....sama la mcm zina...

    ReplyDelete
  12. hukum syariah membenarkan hamba seks ke?? bgus ek hukum tu..bleh jual2 pmpuan suka hati jer....WTF!!!!!

    ReplyDelete
  13. kan org dh bagi ayat Al-Quran tue... pegila tanya org yg lebih tahu kalau rasa diri x tahu..
    :)

    ReplyDelete
  14. eh x paham ni...sape2 yg arif leh share x...kalo smpan pmpuan yd d'beli' tu sbgai hmba seks utk elakkan zina...jd smpan sj2 dan x wk ap2 ke...ke smpan utk buat hbungan seks...kn x khwin...bukn ke zina gak tu...eh bukn sm ke..zina tu suka sm suka...hamba seks ni...x kira la suka ke x kna suka gak kn...dh dia hamba, nk tbus blk tuan dia beli dia..eh ke aku bodoh x paham...korang paham ke..tlg jelas la...klau nilai ikut pale otak kita sndiri x leh...kn nnti mlaggar hukum hakam agama...dosa tu...kna tnya pndapat pakar brdasarkan ayat2 al-quran..

    ReplyDelete
  15. haha, zina la oi main ngan hamba seks...bodoh tahap gaban.

    ReplyDelete
  16. Entah-entah tu Syiah....mana ada x haram. Hamba sex boleh? Pandai2 je. Ni lah yg akn mengakibatkn org bkn Islam kutuk kita. Zaman Nabi mana ada hamba sex. Igtlah jgn main balun je. Tanya lah ustaz.

    ReplyDelete
  17. Igt Al-Quran tu bahasa Arab. Kita tak boleh terjemah dalam bahasa melayu direct. Mungkin makna hamba tu yang dah kahwin. X patut x kahwin boleh buat sex. Memang x patut.

    ReplyDelete
  18. dalam islam..kita dibenarkan buat sex dengan hamba kita..dengan syarat hamba tu milik kita..sebagai lelaki islam, kita dibenarkan menunjukkan kemaluan kita hanya kepada isteri atau kepada hamba kita..ni pelajran agama form 5..sape2 yang tak setuju, sila lakukan protes anda kepada yang MEMBENARKAN..

    ReplyDelete
  19. a'ah ada dengar jugak... memang boleh lepaskan nafsu dekat hamba perempuan + isteri... takyah la nak confuse benda nih zina ke tak. benda memang dah boleh. tapi sorry ah beb, zaman nih mana ada hamba-hamba dah ok.... zaman dulu boleh lah.

    ReplyDelete
  20. Dalam islam memang ada konsep hamba. Dalam islam hamba tak dianggap zalim atau melampau. Kerana hamba adalah tanggungjawab keatas individu (lelaki shja), sama seperti tanggungjawab terhadap keluarga (makbapak, isteri, dan anak2). Mereka perlu diberi nafkah seperti anak bini jgk. Mereka tak digaji kerana semua nafkah mereka dijaga seperti keluarga. Zaman sekarang ni konsep hamba dihapuskan. Barat menyemai tanggapan bahawa hamba adalah satu kezaliman. Maka bertambah2 la kejahilan org sekarang ni tantang konsep hamba dlm islam. Pada pandangan aku, hamba memain peranan besar dalam menyebarkan agama islam.

    ReplyDelete