Wednesday, 18 May 2011

Lokap Berhantu Mona Fandey dijadikan Lokasi Perlancongan!!


....Mona Fandey?? Rasanya kita semua tau apa yang dilakukan oleh Mona dan juga apa yang berlaku pada Mona. Pasal cerita Mona ni memang sangat femes sampai ada fakulti di sebuah IPTA yang membuat pementasan semula dan juga cerita Mona ni dijadikan filem..tapi...:-)) Back to business, sekarang Tourism Pahang ingin menjadikan lokap Mona sebagai kawasan Pakej Lawatan Berhantu sebab pihak berkuasa sering mendengar suara rintihan dari kawasan tersebut ..berita penuh di bawah ...

sumber : mymetro
RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.


Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.

7 comments:

  1. tak boleh bla..
    siap buat pelancongan la..
    aish..

    ReplyDelete
  2. haha dah la lokasi berhantu :-))

    ReplyDelete
  3. nk kne try skali nie . HAHAHA

    ReplyDelete
  4. erkk..:| pakai kebaya warna merah. cam umi aida. hahaha....

    ReplyDelete
  5. bleh la pegi rase n alami sendiri

    ReplyDelete
  6. sengal...yg kebaye merah tu yg difilemkan...tu sbb muke umie aida

    ReplyDelete