DETROIT, Amerika Syarikat (AS) - Polis memburu sekumpulan wanita yang memakai topi (Mad Hatters) mencuri kad kredit dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah hampir AS$500,000 (RM1.49 juta) di Michigan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan yang terdiri daripada wanita yang digelar nenek itu mencuri dompet dan beg duit mengandungi kad kredit yang kemudian digunakan untuk membiayai kos membeli-belah mereka.
Menurut polis, wanita itu melakukan perbuatan tersebut sejak hampir setahun lalu.
Seramai enam wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti itu.
Menurut seorang pegawai polis, Leftenan Luke Riley kepada akhbar Detroit Free Press, wanita tersebut berusia pertengahan umur.
Rakaman kamera keselamatan merakamkan beberapa gambar wanita itu yang ada di antara mereka memakai topi berwarna biru, hitam dan putih. - Agensi
credit : kosmo
muda-muda tak nak kerja..tua-tua mnecuri plak..
ReplyDeleteaish..tua tua pon nk mencuri lagi
ReplyDeleteterer ah dorg, ak igt citer korea jer wt gni haha cool
ReplyDeletehebat diorang ni.. trick cmna la diorang guna ea..
ReplyDelete