Sunday, 3 April 2011

Movie Orang Jepun Nyanyi Lagu "Rasa Sayang"

 Filem Marai No Tora diterbitkan pada 1943 mengisahkan pejuangan Yutaka Tani di Malaya. 

Dulu, Kerajaan Jepun telah mengambil inisiatif untuk mengenang jasa seorang rakyatnya yang berjasa semasa penaklukan Jepun di Asia Tenggara dengan menerbitkan sebuah filem yang diberi judul Marai No Tora yang membawa maksud ‘Harimau Malaya’. Watak beliau telah dilakonkan oleh pelakon Jepun era 30-an, Koji Nakata.

Yang menariknya mengenai filem tersebut ialah budaya Melayu dipaparkan dengan cukup menebal seperti watak Yutaka Tani memakai songkok dan berbaju melayu serta menyanyikan lagu warisan bangsa Melayu, ‘Rasa Sayang’. Tak percaya?

ni pic terbaek dari ladang..
 Koji Nakata melakonkan watak Yutaka Tani dalam filem Marai No Tora.

korang pernah tengok orang Jepun pakai baju melayu lengkap dgn songkok dan samping? dalam movie ni pulak tu..mesti femes budaya Melayu time tu kan..

Ni video dieorng nyanyi lagu 'Rasa Sayang' ....*dasyat!!!


Okay, jap...mesti korang nak tau, apa sumbangan Yutaka Tani ni sampai negara Jepun buat movie untuk die..*drum roll.....Yutaka Tani ni, agen rahsia Jepun semasa Perang Dunia Kedua...

 Nak tahu lebih lanjut pasal Tani Yutaka a.k.a Harimau Malaya ?? Baca kat blog yang best ni - Takusahrisau

p/s: gua respek sama itu Yutaka Tani...die menjadi agen rahsia Jepun untuk mengusir British dari tanah melayu..die serta F Kikan (unit risikan tentera Jepun) berjuang untuk menolong sultan-sultan, Kesatuan Melayu Muda dan Ibrahim Yaakub dari diapa-apakan oleh tentera Imperiallis Jepun..

2 comments:

  1. sangat berjiwa melayu...

    ReplyDelete
  2. sat ...aku x faham...kan jepun jahat..kenapa ni baik pulak..? aku sejarah memang dari dulu x pernah lulus..

    ReplyDelete