Friday, 25 March 2011

Hantu Engkalan / Balan Balan / Penanggal / Tengelong

Oraitttt...Me-X nak berkongsi pasal cerita hantu dgn korang..U know what, my hometown sekarang ni tgh heboh dgn Comebak (kemunculan) Engkalan ni...Macam tak sabar nak balik rumah sbb nak dgr cite kwn2, lepas Me-X collect all the data, Me-X akan update dlm blog ni, ok?  

Ok,hantu ni femes dgn nickname Penanggal. Sarawakian panggil hantu ni, Engkalan. Sabahan pulak panggil 'die' Balan-balan and Kedahan panggil, Tengelong ...

Credits to:


Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. (Day-M...scary) . Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain..

Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

 Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.


Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique. Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. 

Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia tetapi nama nya berbeda, Kuyang. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.


bahan bacaan 'ilmiah' yg lain :

4 comments:

  1. Thanks for sharing additional knowledge about the ghost. :)

    ReplyDelete
  2. paduhal org sarawak juak eh, haha.

    ReplyDelete
  3. Benda yg sama je aku dengar,hantu penanggal.Kalau pasal benda nie,adalah kat Singapore.Kat kawasan Marsiling,hantu penanggal dtg malam2.Mungkin dlm pukul 11.00mlm - 3.00pg datang benda nie.Baik korang jangan pergi Singapore.Kalau korang pergi jugak,macam2 perkara pelik yang akan terjadi kat korang.Macam mana

    ReplyDelete