Jom join Me-X tengok Top 10 Pictures Terhebat Dalam Sejarah Manusia..sob sob...
1. Southern Sudan
Kevin Carter mengambil gambar ini di selatan Sudan. Gambar ini menunjukkan seorang budak perempuan menunggu detik terakhir kematian dengan burung hering bersedia untuk memamah bangkainya. Dengan gambar ini beliau memenangi Pulitzer Prize iaitu anugerah tertinggi dalam bidang kewartawanan. Akan tetapi, anugerah yang diperolehinya itu terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi kerana mendapat cemuhan daripada masyarakat dunia kerana mereka menganggap beliau melanggar etika kemanusiaan dengan membiarkan budak Sudan ini meninggal dunia di depan matanya. Paling STRESS, si photographer tadi Kevin Carter akhirnya membunuh diri pada 27hb Julai 1994....*Stress dgn kematian budak ni kot..giler kesian..
2. Volcano Victim
Gambar ini diambil oleh wartawan Perancis,Frank Fournier ketika tragedi letusan gunung berapi di Nevado del Ruiz. Gambar ini menunjukkan Omayra Sánchez ,13 sedang diselamatkan oleh sukarelawan selepas bertarung nyawa selama 3 hari akibat terperangkap di dalam air. Malangnya, Omayra gagal diselamatkan akibat hypothermia dan gangrene. Beliau meninggal dunia selepas tiga jam diselamatkan. Ironinya,beliau kelihatan ceria ketika hendak diselamatkan tetapi mengalami sedikit halusinasi akibat terperangkap terlampau lama di dalam air...*aku stress....
Selepas tersebarnya gambarnya di akhbar seluruh dunia, ia telah mencetuskan kontroversi kerana mempersoalkan tindakan wartawan Frank Fournier yang mengambil gambar Omayra dan juga kerajaan Colombia yang seperti tidak mengambil langkah berjaga-jaga biarpun amaran awal telah dikeluarkan.
Gambar ini telah bagaimanapun telah melayakkan Frank Fournier untuk memenangi World Press Photo award pada 1986.
Selepas tersebarnya gambarnya di akhbar seluruh dunia, ia telah mencetuskan kontroversi kerana mempersoalkan tindakan wartawan Frank Fournier yang mengambil gambar Omayra dan juga kerajaan Colombia yang seperti tidak mengambil langkah berjaga-jaga biarpun amaran awal telah dikeluarkan.
Gambar ini telah bagaimanapun telah melayakkan Frank Fournier untuk memenangi World Press Photo award pada 1986.
3. Soweto Riots
Gambar menyayatkan hati ini diambil oleh Sam Nzima ,wartawan daripada Afrika Selatan. Gambar ini telah menarik perhatian dunia sebaik sahaja ia disiarkan oleh sebuah akhbar daripada Afrika Selatan,The World. Gambar ini jelas memaparkan salah seorang daripada remaja terawal yang terkorban dalam rusuhan kaum kulit hitam, Hector Pieterson,12 dipangku oleh Mbuyisa Makhubo serta diiringi dengan emosi oleh kakak Hector, Antoinette Pieterson,17. Rusuhan kaum yang dikenali sebagai Suweto Riot ini berlaku pada tanggal 16 Julai 1976. Golongan muda kulit hitam bangkit membantah pihak berkuasa Afrika Selatan yang jelas mengamal dasar Apartheid. Rusuhan ini semakin tegang apabila mengakibatkan kira-kira 566 orang kematian yang kebanyakkannya daripada kaum kulit hitam.
Pada tanggal 16hb Julai dipilih sebagai Hari Belia di Afrika Selatan. So, JANGAN NAK RACIST yo! Kecian dgn budak2 jadi mangsa...
Pada tanggal 16hb Julai dipilih sebagai Hari Belia di Afrika Selatan. So, JANGAN NAK RACIST yo! Kecian dgn budak2 jadi mangsa...
4. Construction Workers
Gambar membuat anda berasa seriau ini diambil oleh seorang jurugambar bernama Charles C. Ebbets pada 29hb Septembar 1932. Gambar ini diambil ketika pembinaan GE Building di Rockefeller Center pada 1932.
FYI, para pekerja ini berada di tingkat 69 masa pic ni diambik..*aku stress lagi...
FYI, para pekerja ini berada di tingkat 69 masa pic ni diambik..*aku stress lagi...
5. Soldier’s Despair
Gambar beremosi ini diambil oleh wartawan Detroit Free Press, David Turnley ketika Perang Teluk I pada tahun 1991. As you can see, Sarjen Ken Kozakiewicz meraung kesedihan apabila mendapati rakan baiknya di medan perang, Andy Alaniz meninggal dunia selepas kejadian friendly fire. Paling penting, gambar ini kemudiannya dihalang penyiarannya di dalam akhbar oleh Pentagon..*pihak atasan stress dgn pic ni kot...
6. Unknown Refugee
Gambar ini diambil oleh jurugambar National Geographic, Steve McCurry di Afghanistan ketika pencerobohan Soviet Union di sana. Gambar ini mula diambil pada 1983 tetapi hanya disiarkan pada 1985 di majalah National Geographic. Perempuan di dalam gambar ini adalah salah seorang daripada ribuan pelarian di satu kem pelarian Afghanistan. Identiti perempuan ini tidak dapat dikenalpasti ...
7. Einstein
Gambar menarik ini diambil oleh Arthur Sasse pada 14hb Mac 1951. Gambar ini menunjukkan sikap lucunya. Gambar ini menarik perhatian ramai masyarakat kerana inilah satu-satunya gambar Einstein dengan ekspresi yang menarik. *hahaha..cara Einstein menghilangkan STRESS ...
8. Churchill
Potrait Perdana Menteri Britain ketika Perang Dunia ke-2, Winston Churchill ini diambil oleh seorang jurugambar bernama Yousuf Karsh. Disebabkan gambar ini kedua-dua individu ini menjadi popular. Yousuf Karsh paling banyak menerima impaknya kerana gambar yang diambilnya ini banyak kali muncul di dalam majalah-majalah dan surat khabar sehingga ia pernah menjadi muka depan kepada majalah Life Megazine.
9. 9/11
Richard Drew sempat mengambil gambar detik-detik cemas semasa tragedi 9/11. Gambar menyayatkan hati ini menunjukkan bagaimana seorang insan memilih untuk terjun daripada terus terperangkap di dalam bangunan WTC tersebut ... *Stress dan kecian dgn mangsa tu...*sigh...
10. Marliyn
Tidak salah jika dikatakan gambar inilah yang paling tersohor di kalangan banyak gambar. Gambar ini menunjukkan ikon seks tahun 60-an, Marilyn Monroe mempamerkan gaya seksinya yang mana dengan pantas menjadi buah mulut masyarakat dunia. Gambar ini diambil dalam filem lakonannya, The Seven Year Itch.
sumber:
They found the afghan refugee dy..baru baru tok.
ReplyDeletesiyesli? gud3...post lak, lak I update ..hehe
ReplyDeleteaok...da cdak amik gmbar nya dengan pose yg sama.sik ingat cne ku tangga
ReplyDeleteUnknown Refugee pnh usya kt National Geo !! mmg sweet
ReplyDelete