Saturday, 27 July 2013

Sejarah : [Video] Iklan Brad Pitt Yang Diharamkan Di Malaysia Pada 2002


Tahukah anda? Sebuah iklan Toyota yang menampilkan pelakon Hollywood, Brad Pitt pernah diharamkan di Malaysia pada tahun 2002. Timbalan Menteri Penerangan ketika itu, Zainuddin Maidin telah mengatakan bahawa kekacakan Brad Pitt mungkin akan menyebabkan lelaki Malaysia berasa rendah diri dan lemah semangat.Kerajaan Malaysia telah mengarahkan agar iklan tersebut di banned dari ditayangkan di Malaysia kerana muka orang barat Brad Pitt akan menanam sifat inferior ke dalam diri lelaki Asia.


p/s : Macam-macam.. 

Sumber : Here

Amazing : Gambar Yang Menunjukkan Betapa Tingginya Gunung Everest (2 Gambar)


Saintis kata gunung everest ni naik 2.4 inci setahun..Kos nak panjat lebih kurang $65 ribu dolar seorang termasuk training skali. Pada tahun 1995 seorang ibu dari British menjadi wanita pertama yg berjaya menakluki puncak gunung ini tanpa bantuan oksigen dan sherpa. ibu berusia 33 tahun itu bernama Allison Hargreaves..

Ada lebih kurang 200 mayat keras yg dijadikan landmark di atas gunung ini termasuk seorang lelaki yg berhenti berehat dan terus rehat terus menerus..jika dilakukan kira kira lebih kurang seorang akan mati dalam setiap 10 orang yg tiba di puncak..budak 13 tahun dari amerika,jordan romero menjadi manusia termuda sampai ke puncak..

Atas puncak tu ada line 3g yg dipasang oleh syarikat subsidi kerajaan nepal dari sweden, TeleSonera pada ketinggian 5200 meter jadi kalau korang nak panjat jgn lupa bawa henpon 3g skali
.

Kat bawah ni pulak adalah gambar puncak Everest jika dibandingkan dengan Base Camp. Memeng tinggi beb.. 

Klik pada gambar untuk besarkan

p/s : Superb.... 

Sumber : Here

Lawak : [Video] Akibat Mencari Publisiti Di Depan Kamera


Lain kali, jangan nak mencapap sangat depan kamera..Orang tengah live tu kan.. kan dah tak pasal-pasal makan penampar... haha.. lawak toi...


Sumber : Here

Superb : "Skoda Mega Man-Pram", Stroller Gergasi Kebanggaan Bapa (5 Gambar)


Stroller gergasi yang sememangnya menjadi kebanggaan bagi si ayah atau si bapa jika memilikinya. Itulah Skoda Mega Man-Pram. Menggabungkan teknologi automotif ke dalam sebuah stroller untuk bayi mungkin adalah sangat wajar dan tidak melampau bagi si bapa. 

Juga dilengkapi dengan tayar rim 20 inci alloy, brek, sistem hidraulik suspension dan beberapa lagi ciri-ciri lain. Namun apa yang patut dikatakan mengenai troli ini ialah, Good Joob Skoda.

Sumber lain juga turut mengatakan, troli ini direka khas untuk Putera George Alexander Louis anak kepada Putera William yang dilahirkan baru-baru ini.


p/s : Stylo gler... 

Sumber : Here

Friday, 26 July 2013

OMG : [Video] Budak Patah Tangan Terkena Bola Freekick Cristiano Ronaldo


Seorang budak lelaki berusia 11 tahun, Charlie Silverwood yang sedang menonton perlawanan antara kelab Bournemouth dan Real Madrid telah terkena bola sepakan percuma dari Cristiano Ronaldo dan menyebabkan pergelangan tangan kirinya patah. 

Sepakan percuma yang diambil dari jarak 35 ela itu telah mematahkan pergelangan tangan Charlie di dua tempat. Tetapi Charlie tetap bertahan sehingga perlawanan tamat sebelum berkejar ke hospital. Setelah pihak pengurusan Real Madrid mengetahui tentang perkara ini, Charlie telah dihadiahkan sehelai jersi yang ditandatangai oleh pemain Real Madrid sebagai ganti rugi. 


p/s : Dapat jersi je ker? bayar la ckit... kesian budak tu.. hohoh.. 

Sumber : Here

Serius : Koleksi Batu Nisan Ketua Gangster Di Russia (7 Gambar)


Berikut ialah batu nisan milik ketua gangster Russia yang mati pada tahun 1990. Pada tahun 1990-an, kumpulan mafia @ gangster amatlah berpengaruh di Russia. Sehinggakan batu nisan mereka pun dihias dengan gambar mereka yang memakai pakaian berjenama dan juga kereta mewah.


Sumber : Here

OMG : Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Jalani Latihan Tentera Taliban Di Pakistan (7 Gambar)


Rakaman video ini menunjukkan sekumpulan kanak-kanak pra-sekolah menembak beberapa buah senjata api dan senjata berat di sebuah kem latihan yang terletak berdekatan sempadan Pakistan dan Afghanistan.

Kanak-kanak berpakaian serba hitam ini boleh dilihat berbaris dalam barisan yang rapi semasa menjalani latihan menembak.

Sejurus kemudian, video berkenaan turut menunjukkan salah seorang kanak-kanak sedang melutut semasa menembak senapang tempur, AK-47 sebelum dibantu oleh seorang lelaki dewasa yang dikaburkan wajahnya.

Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Parti Islam Turkistan yang berpangkalan di sebuah wilayah tanpa undang-undang bernama Waziristan, yang terletak berdekatan sempadan Pakistan dan Afghanistan dipertanggungjawab mewujudkan video berkenaan, petik dari laporan UK Telegraph.

Video yang diberi tajuk "Little Commando", dilaporkan telah dipaparkan di sebuah laman web gerakan bawah tanah, Al-Qaeda sebelum dimuat naik ke LiveLeak.

Kumpulan kecil ini dipercayai ditubuhkan bagi mengendalikan kem-kem bagi para militan untuk melancarkan serangan di Afghanistan. Mereka juga dipersalahkan dalam melancarkan beratus-ratus serangan keganasan sejak dua dekad yang lalu.

Wilayah Waziristan telah menjadi kawasan beban buat tentera Amerika Syarikat dan pihak Washington sering menekan pihak berkuasa Pakistan untuk melumpuhkan sebarang gerakan keganasan yang beroperasi secara bebas di kawasan berkenaan.

Pada Rabu lalu, pesawat tanpa pemandu (drone) tentera Amerika Syarikat telah melepaskan dua peluru berpandu ke arah kem latihan Taliban di Waziristan Selatan yang menyebabkan lima anggota militan terbunuh dan memusnahkan kem terbabit.

Tiga hari sebelum itu, Amerika Syarikat turut melaporkan bahawa lima lagi anggota Taliban telah terbunuh dalam serangan udara di kawasan suku kaum yang terletak di Waziristan Utara.

Kira-kira 95% daripada 338 serangan pesawat drone tentera Amerika Syarikat yang dijalankan dalam wilayah Pakistan sejak tahun 2004 telah berlaku di wilayah ini.

Pihak Pakistan juga secara umum menentang serangan pesawat drone yang dilakukan tentera Amerika Syarikat kerana dikhuatiri melanggar kedaulatan negara dan membakar sentimen anti-Amerika. Walaubagaimana pun, kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor menunjukkan Islamabad mungkin diam-diam bersetuju untuk melaksanakan kan "Zon Bunuh".


Sumber : Here

Serius : Arnoud Van Doorn, Pembuat Filem Hina Islam Akhirnya Memeluk Islam (5 Gambar)


Arnoud Van Doorn bukanlah nama baru dalam dunia politik Belanda. Dia aktif bersama PVV, bahkan merupakan salah seorang pucuk pimpinan tertinggi sebagai Timbalan Ketua. Namun, masih terdapat persoalan yang bermain di mindanya. Mengapa partinya selalu memusuhi Islam? Perasaan inilah yang membuatkan Van Doorn teringin mendampingi Islam, hingga dia mula mempelajari apa itu Islam yang sebenarnya.

“Saya kini mula memperdalamkan pengetahuan saya tentang Islam,” kata Van Doorn ketika mengenang waktu awal hidayah Islam mula menghampirinya.

Rasa minat itu membuatkan Van Doorn mula mencari terjemahan Al-Qur’an, hadis, dan buku-buku rujukan Islam. Hari-hari berikutnya, dia lalui dengan membaca dan mengkaji buku-buku itu satu per satu, tanpa meninggalkan aktivitinya yang lain. Selama ini, Van Doorn hanya tahu mengenai Islam daripada orang-orang yang membenci agama itu sahaja.

Mereka yang dekat dengan Van Doorn sebenarnya tahu bahawa Van Doorn membaca rujukan tentang Islam, tetapi mereka tidak menyangka sama sekali bahawa itu akan menjadi jalan hidayah bagi Van Doorn. Hal ini kerana dalam dunia mereka, mengkaji sesebuah pemikiran atau suatu akan menjadi lebih faham tanpa harus mempercayai dan mengikutinya. Bahkan, tidak ramai orang yang mempelajari Islam dan kemudian menyerang kembali agama tersebut.

Van Dorn menghabiskan masa hampir setahun untuk mengkaji al-Qur’an, Sunnah dan beberapa rujukan mengenai Islam. Dia juga sempat berdialog dengan penganut Islam bagi mengetahui lebih lanjut tentang agama yang menarik hatinya itu.

“Orang-orang di sekeliling saya tahu bahawa saya kini aktif meneliti al-Qur’an, sunnah dan tulisan-tulisan lain selama hampir setahun ini. Selain itu, saya juga telah banyak melakukan dialog dengan orang Islam tentang agama,” ujar Doorn dalam satu rancangan siaran Al-Jazeera (English).

Semakin lama mempelajari Islam, Van Doorn menjadi semakin tertarik dengan agama itu. Dia mula merasakan Islam sebagai suatu agama yang sangat istimewa. Meskipun, sebelum ini dia juga mempercayai Kristian sebagai agamanya, namun Van Doorn merasakan agama Islam itu lebih istimewa.

Apa yang selama ini ada dalam kepalanya bahawa Islam itu fanatik, menindas wanita, tidak bertoleransi, secara membabi buta memusuhi Barat, secara perlahan-lahan mula hilang dari fikirannya. Van Doorn menemui Islam sebagai sesuatu yang sama sekali berbeza dari apa yang pernah dia sangka sebelum ini.

Van Doorn juga menemui yang agama Islam adalah agama yang cinta akan kedamaian. Tidak seperti tuduhan media Barat yang selama ini memfitnah Islam sebagai pengganas dan menyuruh penganutnya melakukan keganasan.

“99% kaum Muslimin adalah mereka yang bekerja keras dan pecinta kedamaian. Sekiranya lebih banyak orang mempelajari agama Islam yang sebenar, semakin banyak orang yang akan melihat keindahan itu,” kata Van Doorn ketika di wawancara oleh MNA.

Jalan hidayah bagi Van Doorn semakin terbuka lebar ketika bertemu dengan seorang Muslim bernama Aboe Khoulani, seorang rakannya yang menjawat jawatan di Dewan Kota Den Haag. Selain dapat menjelaskan Islam dengan lebih jauh, ia juga dapat merapatkan Van Doorn dengan Masjid As-Soennah.

Puncak “pertarungan batin” mula di alami oleh Van Doorn tidak lama kemudian. Adakah dia akan mengikut hidayah yang mula meresapi oleh fitrahnya itu atau hanya menjadikannya sebagai ilmu pengetahuan. Walaubagaimana pun, dia sangat beruntung kerana persoalan itu tidak berlarutan. Setelah yakin dengan Islam, Van Doorn pun mengikrarkan dua kalimah syahadat. Dia kini telah pun menjadi seorang Muslim dan menjadi salah seorang saudara baru bagi kira-kira 1.9 juta umat Islam di Belanda. Tetapi, bagi parti dan pengikutnya, Van Doorn telah dicap sebagai “pengkhianat.”


Sumber : Here

OMG : Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan Arabian Gulf (4 Gambar)

Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan Arabian Gulf.

Makhluk ini ditemui oleh tentera laut Iran. Ini ialah sotong kurita. hoho


WTF : Penyampai Berita Terlukis Sesuatu Yang Kurang Sesuai Semasa Siaran Langsung (5 Gambar)

Penyampai Berita Terlukis Sesuatu Yang Kurang Sesuai Semasa Siaran Langsung.
Tak pasti dia sedar ke tak apa yang dia lakukan itu.

Serius : Tahukah Anda Mr Bean Dan Dr House Pernah Berlakon Bersama? (3 Gambar)

Tahukah Anda Mr Bean Dan Dr House Pernah Berlakon Bersama?



Thursday, 25 July 2013

Cute : Kucing Gemuk Bernama Garfield Yang Kematian Tuannya (7 Gambar)


Ini ialah kucing yang bernama Garfield. Ianya seberat 18kg dan merupakan kucing tergemuk di dalam pusat perlindungan haiwan di US. Garfield baru sahaja kehilangan tuannya dan terus dibawa ke pusat perlindungan haiwan. Kerana terlalu gemuk, Garfield menjadi malas dan susah untuk bergerak. Ini menyukarkan Garfield untuk mencari makan dengan sendiri seperti kucing normal.


p/s : Kesian dia gemok.. 

Sumber : Here

Info : Inilah Yang Terjadi Jika Kita Mati Di Makkah (4 Gambar)


Beginilah 'perjalanan' yang perlu dilalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah. Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda kemudian hari.

Perjalanan percuma ke Masjidil Haram,di bayar oleh pakej yang kita datang, dari duit yang kita punya juga. 



Jenazah kita akan disusun di bawah tempat Muazzin ( bilal ) di dalam Masjidil Haram sebelum di solatkan.


Inilah istana yang kita akan dapat... 


p/s : Untung siapa yang mati di Makkah... 

Sumber : Here