Jom layan gambar Blue Lake yang terletak di Nelson, New Zealand. Tasik ini dikatakan tasik yang paling jernih di dunia. Korang tengok la sendiri gambar-gambar kat bawah ni. Subhanallah..
Alton Towers telah me'release' gambar-gambar Roller Coaster yang memiliki 14 loop raksasa dengan harga 18 juta euro.
Smiler Staffordshire dirancang dengan bantuan ahli psikologi dan peneliti ilmiah untuk mendorong bagi para pencari sensasi untuk mencuba batas adrenalin mereka.
Dengan keltinggian 98 ft dan kelajuan maksimum 53mph, efek psikologi roller coaster ini akan mengaburkan batas antara ilusi dan kenyataan, menurut perekanya.
Ia telah tercatat di Guinness Book of Records sebagai Roller Coaster yang memiliki loop terbanyak dan terbesar di dunia, mengalahkan Colossus dengan 10 loop di Thorpe Park, Surrey dan 10 loop lainnya di China.
Kat bawah ni merupakan gambar gimnasium outdoor yang menggunakan peralatan terpakai atau besi buruk di Ukraine. Sesuai la bagi yang nak save budget. Hoho..
Cigg Seeds merupakan rekaan daripada pereka UK iaitu Ben Forman. Puntung rokok ini mempunyai benih bunga liar. Fungsinya apabila perokok membuang puntung rokok ke tanah, puntung rokok tersebut akan menjadi pokok bunga yang cantik.
Zoo 'Neraka' Untuk Semua Haiwan Peliharaannya Di Surabaya.
Zoo ini dipanggil 'neraka' untuk haiwan-haiwan yang terdapat dalam zoo ini kerana di sini makanannya tak cukup dan haiwan ini langsung tidak dijaga dengan elok. Zoo ini terletak di Surabaya, Indonesia. Ramai orang telah menyuruh zoo ini ditutup kerana segelintir haiwan juga diseksa di sini tetapi pemiliknya tetap enggan menutupnya.
Terletak 8 kilometer di selatan Singapura, pulau ini mempunyai keluasan 3.5 kilometer persegi hasil penambakan laut.
Semakau dirancang oleh para saintis di agensi NEA Singapura. Ia terdiri daripada dua pulau kecil yang telah terhubung dengan tanggul batu. Bahagian dalam wilayah ini dibahagi kepada 11 teluk, yang dilapisi dengan plastik tebal dan tanah liat untuk mencegah bahan yang tidak diinginkan daripada mencemari laut.
Sejak mula digunakan pada tahun 1999, empat dari 11 teluk telah diisi, ditutupi dengan tanah dan ditanam dengan rumput. Penghijauan ini menelan belanja sekitar $ 400 juta, dapat menyimpan sehingga 63 juta meter kubik sampah, cukup untuk memenuhi pengelolaan sampah Singapura sehingga 2040.