Saturday, 1 June 2013

Serius : Islam Dijangka "Tawan" Britain Dalam Tempoh 20 Tahun Lagi (3 Gambar)


Ini adalah satu perkembangan yang menarik di Britain. Umum mengetahui Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.

Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.

Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan. Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.

Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam.



Fakta Menarik:
 
  • Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.
     
  • Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.
     
  • Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun. 
     
  • Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu.
Sumber : Here

Seram : Misteri Kilometer 20.6 Di Kulim Kedah, Tagih Darah Penunggang Motosikal (Gambar)


KULIM -Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.

Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.

Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.

Anggap kawasan puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.

“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.

Masih jadi tanda tanya
Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu. Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

p/s : Mulakan perjalanan anda dengan Doa.. 

Sumber : Here

OMG : Chris Hadfield, Lelaki Dengan Bil Telefon Paling Tinggi Di Dunia (4 Gambar)


Chris Hadfield telah menjadi topik hangat dalam beberapa hari ini. Beliau sangat terkenal dan amat disukai oleh semua orang. Chris Hadfield merupakan anak kepada pasangan Kanada, yang dilahirkan di Sarnia, Ontario pada 25 Ogos 1959 dan dibesarkan di Milton, Ontario. Beliau adalah suami kepada Helene Hadfield dan mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak. Ibu bapa kepada lelaki hebat ini adalah Roger dan Eleanor Hadfield. Chris membesar di sebuah ladang jagung dan minatnya dalam dunia  penerbangan bermula dari usia yang sangat muda iaitu selepas dia melihat pendaratan Apollo di Bulan pada zaman kanak-kanaknya.

Beliau merupakan lulusan Sekolah Tinggi Daerah Milton pada tahun 1977. Beliau juga pernah menuntut di  Sekolah Tentera Diraja di mana beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian pada tahun 1982. Pada tahun 1992, beliau menerima Ijazah Sarjana dalam Sistem Penerbangan  dari Universiti Tennessee. Chris menghadiri pelbagai sekolah memandu di mana dia biasanya muncul tempat pertama di dalam kelas. Selama bertahun-tahun ini, dia pernah menerbangkan kira-kira 70 buah jenis pesawat.

Kerjayanya sebagai seorang angkasawan bermula pada tahun 1992 apabila beliau telah dipilih dari sekumpulan 5,330 orang pemohon bersama-sama dengan tiga yang lain sebagai angkasawan Kanada. Kemudian pada tahun yang sama beliau telah ditugaskan ke pusat Johnson Space NASA yang terletak di Huston. Semasa di sana, beliau terlibat dalam isu-isu teknikal dan keselamatan serta membantu dalam pembangunan kaca kokpit ulang-alik. Beliau berkhidmat selama 25 misi sebagai Ketua Capcom NASA dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam organisasi NASA dalam tempoh 20 tahun yang lalu. Dia merupakan aset yang sangat penting bagi kakitangan mereka kerana dia mempunyai pengalaman dan kepakaran yang sangat diperlukan.

Pada September 2010, pihak NASA telah mengumumkan bahawa beliau akan menjadi orang Kanada pertama yang akan menguasai pusat angkasa lepas selepas beliau ditugaskan dalam ekspedisi 34/35. Ekspedisi itu dilancarkan pada 19 Disember, 2012 dan ia menjadikan beliau orang Kanada kedua untuk mengambil bahagian dalam tempoh yang panjang dalam ruang penerbangan kapal ISS yang terkenal di dunia. Kapal mereka berlabuh dengan stesen tersebut pada 21 Disember, 2012. Dalam bahagian kedua,  beliau berkhidmat sebagai Komander untuk tempoh 5 bulan. Dia baru-baru ini telah kembali ke Bumi pada 13 Mei 2013 dan menikmati banyak perhatian dari pihak media selama berkhidmat di sana.

Hadfield pulang ke rumah sebagai seorang lelaki yang sangat gembira tetapi malangnya, dia tidak sedar yang dia akan dibebani dengan bil telefon bimbit paling tinggi dalam sejarah iaitu sebanyak USD$ 1.37 Juta. Jumlah bil ini telah terkumpul sejak beliau memulakan penginapan lima bulan lalu di Stesen Angkasa Lepas (ISS). Ini telah menimbulkan banyak perbahasan dan kekaguman dari pelbagai lapisan masyarakat. Kos ini adalah terlalu tinggi dan tidak dapat dibayangkan bagi kebanyakan orang. Bayaran yang dikenakan adalah kerana penggunaan data dan data kos yang ditanggung semasa tinggal dalam perantauan.

Apabila ditanya mengenai bil telefon yang terlalu tinggi itu, Chris berkata bahawa ianya tidak masuk akal. Lelaki 53 tahun itu yang selama ini diperintahkan tinggal di Stesen Angkasa itu berkata dia hanya meng-Instagram beberapa ratus keping gambar yang menunjukkan matahari naik atas padang pasir Sahara di Afrika dan ribut petir yang berada di atas Lautan Pasifik. Dia juga mendakwa bahawa dia hanya mencatatkan beberapa dozen video di Twitter yang menunjukkan dia sedang makan dan dia telah melihat beberapa video kambing pelik yang berbunyi seperti manusia di YouTube. Chris adalah pemilik sebuah Iphone 5 dan tidak berfikir bahawa kos bil telefon tersebut yang sepadan dengan kos penggunaan beliau.

Beliau juga telah ditanya sebab mengapa beliau tidak memilih pelan data yang lebih baik. Tetapi beliau berkata bahawa beliau tidak akan membazirkan $20 dolar sewaktu dia mengorbit planet kita. Beliau juga menambah kenyataan yang mengatakan bahawa ibu bapanya akan membunuhnya kerana mereka lebihan caj tersebut.

Selama dia berada di angkasa lepas, dia telah memuat turun sebuah video yang mendapat sambutan yang sangat hangat. Bilangan orang yang yang menonton video tersebut meningkat kepada 7 juta tontonan, dua hari selepas dilepaskan. Hadfield telah membuat orang agar lebih menghargai angkasawan. Beliau tidak takut dengan orang ramai dan telah menggunakan alat media sosial yang ada pada beliau dengan baik. Beliau pasti akan menjadi salah seorang angkasawan yang paling terkenal kerana kes ini.


p/s : Giler... 

Sumber : Here

Serius : Kuasa MakeUp - Dari Rupa Gadis Biasa Ke Rupa Gadis Selebriti (15 Gambar)

Kuasa MakeUp - Dari Rupa Gadis Biasa Ke Rupa Gadis Selebriti.
Memang tidak dinafikan lagi, makeup ini sangat pandai menipu mata orang ramai. Mari tengok salah satu lagi contoh di bawah ini. 



OMG : Ini Mereka Buat Pada Pencuri Handphone Di China (3 Gambar)

Ini Mereka Buat Pada Pencuri Handphone Di China.
Seorang gadis telah ditangkap mencuri handphone di sebuah kedai pakaian. Daripada melaporkan pada polis, pemilik dan pekerjanya semua perempuan selesaikan kes ini sendiri dengan menjatuhkan hukuman ke atas pencuri itu. Hukumannya adalah belasahnya sekejap dan gunting rambutnya. 

Serius : Kaca Mata Yang Boleh Buat Anda Dalam Keadaan 'Mabuk' (2 Gambar)

Kaca Mata Yang Boleh Buat Anda Dalam Keadaan 'Mabuk'.
Tak pernah tahu bagaimana keadaan mabuk? Pakai kaca mata ini dan anda akan tahu. 
Pakai kaca mata ini dan tak perlu alkohol untuk buat anda mabuk.

WTF :Apa Yang #BadAss Pada Supermodel Dunia Yang Cantik Ini? (10 Gambar)

Supermodel Dunia Dengan Mulut Yang #BadAss.
Supermodel di bawah ini adalah Lily McMenamy yang baru berusia 19 tahun. Dia telah digelar supermodel kerana ibunya sering membantunya. Sebenarnya ibu Lily adalah Kristen McMenamy, Supermodel 90-an dan mempunyai ramai kawan dalam industri ini. Jadi yang peliknya mulut anaknya yang kurang menawan itu juga dapat membuatnya seorang model. Bayangkan kalau Lily tidak mempunyai ibu seorang model, apa yang terjadi padanya? 
p/s: korang rasa dia pernah tak tutup mulutnya?

Serius : Kevin, Remaja Lelaki Dengan Hobi Yang Pelik (12 Gambar)

Kevin, Remaja Lelaki Dengan Hobi Yang Pelik.
Remaja ini mempunyai hobi menjelajah kawasan baru sambil seterika pakaiannya. Jadi ke mana dia pergi,seterika serta iron board akan sentiasa bersamanya. 

Friday, 31 May 2013

Sadis :Cara Ribuan Wanita Dihukum Kerana Hubungan Sulit Di Perancis Pada 1944 (15 Gambar)

Cara Ribuan Wanita Dihukum Kerana Hubungan Sulit Di Perancis Pada 1944.
Selepas tentera Jerman meninggalkan Perancis pada tahun 1944, ribuan wanita telah dijatuhkan hukuman kerana didapati mempunyai hubungan sulit dengan tentera dan pegawai Jerman. Wanita ini telah dibotakkan dan kemudian dipukul depan khalayak ramai.