Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun telah dirogol dan diseksa oleh jirannya di Gandhi Nagar, New Delhi yang telah menculiknya selama 4 hari.
Kanak-kanak perempuan itu dipercayai diculik ketika sedang bermain di luar rumahnya. Dia dikurung selama 4 hari di dalam rumah jirannya sebelum penduduk mendengar bunyi tangisan kanak-kanak tersebut.
Budak itu ditemui dalam keadaan yang teruk dan kritikal. Setelah diperiksa, doktor menemui beberapa objek asing di dalam kemaluan kanak-kanak tersebut termasuk botol 200ml dan beberapa lilin yang patah. Selain itu, genital kanak-kanak terbabit juga dipotong dan terdapat kesan cekik di lehernya.
Suspek yang merupakan jiran kepada keluarga mangsa kini telah ditahan oleh pihak berkuasa. Orang ramai telah melakukan protes besar-besaran bagi menuntut hukuman yang setimpal untuk pesalah terbabit.
p/s : Ish3... kesian giler budak tu..
Sumber : Here