Saturday, 6 April 2013

Cool : "GIGS.2.GO", Pendrive Pakai Buang Ciptaan Kurt Rampton (5 Gambar)


Oleh kerana harga pendrive yang semakin murah, Kurt Rampton dan BOLTgroup telah mengeluarkan satu idea uantuk menghasilkan pendrive pakai buang yang dinamakan GIGS.2.GO. PEndrive yang sebesar kad kredit ini datang dengan 4 pendrive yang setiap satunya mempunyai kapasiti 1GB. Badan pendrive yang diperbuat dari kertas kitar semula membolehkan ianya untuk dilabel .


p/s : Pendriveku bukannya jenis pakai buang~~ Lagu Stacy.

Sumber : Here

Info : Berhati-Hati Ketika Mandi Di Tandas Bilik Hotel (3 Gambar)


Berhati-hati apabila anda menginap di hotel,kerana pada zaman serba canggih ini pelbagai bentuk kamera tersembunyi tersedia untuk merakam aktiviti anda. Pastikan bilik hotel yang disewa bebas dari peralatan sebegini,terutamanya kepada kaum wanita.

Kamera berbentuk suis lampu
 

Kamera dengan perakam video digital berbentuk pengesan asap (Smoke Detector Hidden Camera With DVR)


Kecuaian anda dalam memastikan suasana yang bebas dari anasir skodeng ini akan menyebabkan aktiviti anda dalam bilik hotel mungkin tersebar ke seluruh dunia dengan teknologi yang ada sekarang. Jadi berhati-hatilah selalu...

p/s : Jangan biarkan diri anda menjadi terkenal di dalam laman web lucah.. 

Sumber : Here

Serius : Batu Berbentuk Seperti Kemaluan Wanita Jadi Tarikan Di Filipina (3 Gambar)


Di sebuah kampung terpencil 7 jam dari Manila, Filipina, terdapat sebuah gua yang di dalamnya mengandungai sebuah batu yang menyerupai kemaluan wanita. Wartawan dari rocketnews24.com telah melawat ke tempat yang menjadi tarikan pelancong tersebut untuk melihatnya dengan mata sendiri.


Sumber : Here

Serius : Hidup Seperti Hamster Di La Villa Hamster Hotel (6 Gambar)



Jika anda ingin tahu bagaimana rasanya hidup seperti hamster, maka anda perlu mengunjungi La Villa Hamster Hotel. Terletak di sebatang jalan berhampiran pusat bandar barat Perancis, La Villa Hamster menawarkan tetamu pengalaman unik untuk hidup seperti seekor hamster.

Hotel ini mempunyai semua kemudahan asas penting bagi tikus seperti bekas organik bijirin, bekas air besi yang dapat diaktifkan dengan menolak tuil gergasi dengan kaki anda, dan satu katil double yang hanya boleh diakses oleh tangga dan ruang merangkak, bilik mandi dengan tong gergasi cip kayu, dan roda hamster gergasi bersaiz manusia. Tetamu Villa juga diberi topeng hamster untuk dipakai sepanjang penginapan mereka.



Sumber : Here

OMG : [Video] Pemandu Bas Yang Sangat Bertuah Di China


Seorang pemandu bas dari Jiangshan telah menjadi hero apabila menyelamatkan 26 penumpang bas setelah bas yang dipandunya terlanggar tiang lampu yang runtuh. Pemandu tersebut, Mao Zhihao yang mengalami pecah limpa terus bangkit dan mengawal bas tersebut ke tepi jalan setelah tiang lampu memecahkan cermin hadapan bas tersebut.


p/s : Nyaris beb... nasib seatbelt dia tak stuck.. 

Sumber : Here

WTF : "Lauk" Special Dalam Nasi Goreng Kedai Mamak (2 Gambar)

Gambar Hiasan
Adakah korang nampak kelibat haiwan cute dalam gambar di bawah? Lain kali, pilihlah gerai yang bersih. Jangan main bedal je meskipun lapar. Kebanyakan kedai yang kotor ialah kedai mamak. Depan bukan main bersih, kalau pergi dapur... Masyaallah!!


p/s : Kedai mamak tetap menjadi sambutan warga Malaysia.. Pilih yang bersih dan pastikan halal..

Sumber : here

OMG : Bandar Purba Zaman Nabi Ibrahim Ditemui Di Selatan Iraq (4 Gambar)


Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.

Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun. Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur. Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.

Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui. Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an. Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.

Campbell berkata, salah sebuah artifak yang ditemui kumpulan penggalian itu ialah plak tanah liat yang menunjukkan seorang manusia memakai jubah labuh mendekati sebuah tapak yang suci


Sumber : Here

Cool : Pasaraya Menjual Pesawat Terbang Pertama Di Dunia (6 Gambar)


Kelab Penerbangan Antarabangsa Beijing telah menjual lebih 800 buah pesawat sejak pasar raya yang menjual pelbagai pesawat dibuka pada 30 Mac lalu.

Menurut pengurus kelab tersebut, Zhang Changyi, harga pesawat yang dijual itu adalah antara AS$48,390 (RM147,952) hingga AS$8 juta (RM24.46 juta). Pelbagai pesawat dijual di pasar raya itu termasuk helikopter dan kapal terbang ringan Sting S4. Ia merupakan pasar raya menjual pesawat yang pertama pernah wujud di bandar raya ini.


p/s : Macam best jer.. 

Sumber : here

Serius : Rupa Model Calvin Klein Paling Macho Pada Tahun 2002 VS 2013 (6 Gambar)

Rupa Model Calvin Klein Paling Macho Pada Tahun 2002 VS 2013.
Pada tahun 2002 Travis Fimmel adalah model lelaki pertama yang menerima kontrak bayaran enam digit untuk Calvin Klein. Ini kerana model itu nampak sangat macho tetapi mari lihat rupa serta keadaan Travis pada tahun 2013.

Tahun 2002

Tahun 2013

Friday, 5 April 2013

Sejarah : "Bedford Harimau", Kenderaan Keluaran Kilang Kereta Pertama Di Malaysia (4 Gambar)


General Motors, sebuah syarikat automobil dari US telah membuka kilang pemasangan kenderaan pertama di Malaysia pada 1970an. Mereka telah membeli Capital Motors Assembly Plant di Johor dan telah mengeluarkan beberapa model kereta seperti Opel Kadett, Manta, T-Car Gemini serta Holden Kingswood. Namun, setelah syarikat kenderaan Jepun menguasai pasaran Asia, syarikat pengeluar barat telah mengaku kalah dan berhenti mengeluarkan kenderaan di Malaysia pada 1971. Harimau dipasang dan dekeluarkan di Johor dan dijual dengan harga yang murah.

Namun, oleh kerana tujuan Harimau dihasilkan khas untuk kegunaan perladangan tau agrikultur, model ini hanya mendapat sambutan meluas dari penduduk luar bandar yang memerlukan kenderaan seperti Harimau. Ketika itu juga syarikat pengeluaran kereta dari Jepun telah mengambil alih pasaran kereta di Malaysia dengan memperkenalkan model yang lebih mesra pengguna. Oleh itu, pihak GM telah mengambil keputusan untuk menjual kilang di Johor itu kepada syarikat Oriental Holdings yang kemudiannya menjadi tempat pembuatan kereta Honda.


p/s : Sapa penah jumpa kereta Harimau nih? hoho.. Legend kot..

Sumber : Here

Serius : Beli Kereta Mazda, Percuma Petrol 111 Gelen (2 Gambar)


Beli Mazda 323, percuma petrol 111 gelen.. Hebat... naik mesin cahaya masa doraemon, pegi beli.... hoho..


p/s : Beli kereta Proton, percuma power window spare.. LOL..

Sumber : Here

Superb : Pedang Damascus, Pedang Paling Tajam Di Dunia (7 Gambar)


Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik King Arthur.


Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat. Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.

Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini
Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi
Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat
CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.

Salahuddin Al-Ayyubi
Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"
p/s : Sungguh hebat... 

Sumber : Here

Sejarah : Protons CARES Limited Edition Tahun 1992 (Gambar)



Proton CARES ialah jenama kereta Malaysia yang amat istimewa kerana ia hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit sahaja pada 1992! Nama CARES ialah akronim untuk Clean Air Regulated Emission System (Sistem Penapis Udara Berkawal) iaitu ciri khas yang diperkenalkan pada kereta tersebut. Secara ringkasnya CARES bermaksud kereta tersebut mengandungi "sistem suntikan bahan api pelbagai punca" yang berfungsi untuk "menambahkan kelancaran dan mendatangkan prestasi yang lebih baik"

Proton CARES yang dikeluarkan dalam 2 model, Salon SE & Aeroback GL, secara fizikalnya adalah berdasarkan rekabentuk Proton Saga Iswara yang telah dikeluarkan lebih awal. Model Salon SE berharga RM42,500 manakala model Aeroback GL berharga RM43,000 termasuk insurans, cukai jalan & aksesori. Identiti khas Proton CARES ialah pada rupa luarannya di mana ia hanya dikeluarkan dalam 1 warna sahaja iaitu hijau metalik sebagai simbol "keprihatinan terhadap alam sekitar"

p/s : Mahal kot 43k time tu.. 

Sumbeer : Here