Saturday, 9 March 2013

Info : Nasib Baik Brunei Tak Masuk Malaysia Dulu (2 Gambar)


KENAPA BRUNEI TIDAK BERSAMA MALAYSIA???

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian saya:

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...



p/s : Sultan brunei ni cerdik.. Untung la rakyat Brunei sekarang.. Tapi aku bangga jadi rakyat Malaysia!! Tanah tumpah darahku!

Sumber : Here

WTF : Azizulhasni Awang Didenda Kerana Menutup Aurat (2 Gambar)


Azizulhasni Awang, didenda kerana memakai pakaian seluar melepasi paras lutut dalam Kejohanan Lumba Basikal Asia di New Delhi. Nyatakan sokongan semangat buat wira negara kita ini dan doakan kejayaannya bersama pasukan negara di sana.


p/s : Ish3.. tak patut.. 

Sumber : Here

Cute : [Video] Jika Binatang Itu Kelihatan Seperti Belon


Jom layan animasi comel kat bawah ni. Jika binatang itu sebuah/sebiji belon.. betul ke penjodoh bilang belon "sebuah"? ke sebiji? Ntah..aku pun tak pasti.. layan je la...


p/s : Binatang apa paling comel? Hohoh.. 

Sumber : Here

Hebat : Lelaki Ini Tanam Semula Hutan Seorang Diri Selama 30 Tahun (4 Gambar)


Seorang lelaki bernama Jadav 'Molai' Payeng dilaporkan memiliki 1,360 hektar hutan yang ditanamnya sendiri selama 30 tahun.

Payeng yang ketika itu berusia 16 tahun, memutuskan untuk menanam semula hutan di wilayah Assam, India Utara setelah dia menemui beberapa ekor haiwan liar yang hidup menderita di daerah itu selepas hutan digondolkan.

"Ular-ular mati kepanasan akibat tiada pokok untuk mereka berteduh dari kepanasan. Saya duduk dan menangisi kematian mereka. Mereka seperti hidup dalam keadaan derita. Saya kemudiannya melaporkan perkara ini kepada Jabatan Perhutanan dan meminta kebenaran untuk menanam pokok di sana." katanya seperti dipetik Metro.

Walaubagaimana pun, permintaan Payeng itu ditolak. Sebaliknya, Jabatan Perhutanan meminta Payeng menanam pohon bambu.

Merasa kecewa dengan tindakan tersebut, Payeng terpaksa melakukan kerja penanaman itu seorang diri. "Tak ada sesiapa pun yang membantu saya. Tidak ada yang tertarik untuk membantu" tambahnya lagi.

Payeng yang kini berusia 47 tahun mula menanam pokok pada tahun 1979 dan menghambakan dirinya untuk menanam pokok. Dia terpaksa meninggalkan pendidikan , rumah dan mula tinggal berseorangan di kawasan pasir lapang.

Kegiatan hariannya adalah merawat pokok bambu yang ditanamnya. Kini, kawasan pasir lapang itu telah mula ditumbuhi pelbagai jenis flora dan fauna termasuk haiwan liar seperti badak sumbu dan harimau.

Ironinya, pencapaian Payeng yang luar biasa itu akhirnya baru disedari oleh Jabatan Perhutanan pada tahun 2008. Mereka kelihatan kagum dengan usaha yang dilakukannya. "Kami kagum pada Payeng" kata seorang Pembantu Pemuliharaan Hutan, Gunin Saika.

"Dia telah berada di sana selama 30 tahun. Sekiranya dia tinggal di bahagian lain dunia, dia mungkin telah dianggap sebagai seorang pahlawan."




p/s : Hebat... 

Sumber : Here

Cool : Pameran Batu Atas Batu Di Hyde Park, London (3 Gambar)


Para pengunjung di Galeri Serpentine di Hyde Park di sini kini boleh melihat sebongkah batu diletakkan di atas sebuah bongkah lagi batu. Artis seni terkenal dari Switzerland, Peter Fischli dan David Weiss menghasilkan kerja seni unik itu yang mula dipamerkan semalam.



p/s : Ok..batu atas batu... so what? 

Sumber : here

Cool : Jalan Paling Berliku Atau Berputar Di Iowa (6 Gambar)

Jalan Paling Berliku Atau Berputar Di Iowa.
Jalan ini dipanggil Snake Alley kerana bentuknya yang berputar.  

WTF : Aksessori Terkini #WTF Untuk Gadis Buatan China (2 Gambar)

Aksessori Terkini #WTF Untuk Gadis Buatan China.
Tak pasti apa kegunaan utamanya tetapi mungkin boleh digunakan untuk menipu duit lelaki atau keluarga kot seperti dalam filem. Selain itu, alat ini dikatakan boleh membantu gadis untuk mendapat tempat duduk khas dalam keretapi kerana mereka didapati mengandung. 


Cool : Cara Untuk Timbang Berat Burung Di Zoo (5 Gambar)

Cara Untuk Timbang Berat Burung Di Zoo.
Mari lihat macam mana mereka nak timbang binatang kecil ni.

Friday, 8 March 2013

Serius : Dibaham Singa Ketika Berasmara Di Kawasan Belukar (2 Gambar)


Seorang wanita maut dibaham singa ketika dia asyik mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di dalam kawasan hutan di Zimbabwe.

Laman sesawang My Zimbabwe melaporkan, mangsa dikenali sebagai Sharai Mawera. Mangsa dilaporkan berasmara dengan pasangannya dalam kawasan belukar apabila seekor singa menerkam mereka di bandar Kariba.

Sumber berkata, teman lelaki Sharai dipercayai sempat melarikan diri dalam keadaan bogel ketika haiwan liar berkenaan membaham wanita terbabit. “Sharai mati di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, rakan pasangan terbabit berkata, Sharai bekerja di sebuah pasar tempatan manakala teman lelakinya seorang nelayan. “Singa itu menerkam dari belakang ketika pasangan itu sedang leka berasmara,” katanya.


Menurut lelaki itu, pasangan Sharai hanya mampu melihat dari jauh bagaimana teman wanitanya dibaham singa berkenaan kerana terlampau terkejut dan ketakutan.



p/s : Tak pasal-pasal... 

Sumber : here

Cool : [Video] Siapa Boleh Main Gitar Macam Atuk Ni?


Siapa boleh main gitar macam atuk ni? Memang power.. kreatif dan talented... Respect sama ini atok hoo... 


p/s : Tak payah gitar karan... efek dengan sudu jer... 

Sumber : Here


WTF : [Video NSFW] Ini Penyanyi Sebenar Lagu 'Sayang'

Ini Penyanyi Sebenar Lagu 'Sayang'.
Ini adalah rupa 'Shae' versi jantan. Memang penyanyi yang sangat sangat mantap. :-P
Ingat agak NSFW video ni...#ROFL


Video : 

Serius : [Video] "Saya Tidak Suka Sama Supporter Malaysia"


Jom layan video ni. lawak pun ada.. kurang cerdik btol.. hahaha.. budak lagi ni.. fikiran tak matang.. Mesti ada spesis macam ni. Tak kira bangsa, warganegara, agama mahupun kaum... Orang kita pun ada jugak kot.. hehe..


p/s : Berbaik-baiklah..kita kan serumpun..bak kata pepatah, kerana "nila setitik, habis jadi biru baju putih aku dlm baldi"

Sumber : Here

Cool : "Esslack", Semburan Cat Yang Boleh Dimakan (8 Gambar)


Kalau korang bosan dengan epal berwarna merah, ayam panggang yang berwarna perang dan biskut cip coklat, kini di Hamburg, Jerman telah direka sejenis penyembur pewarna makanan iaitu Esslack untuk memberikan warna berbeza pada makanan anda.

Menurut pihak pengeluarnya, pewarna makanan tersebut dikatakan tidak berbahaya walaupun pada kanak-kanak dan sesuai untuk digunakan pada semua jenis makanan.

Dengan produk terbaru ini, semua orang boleh mempelbagaikan ciptaan masakan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, mereka boleh membuat sayur asparagus berwarna emas, kacang berwarna merah, stik berwarna biru atau kek cawan berwarna perak.

Penyembur makanan ini boleh didapati dalam 4 warna iaitu merah, biru, perak dan emas dalam bentuk tin 100ml. Kos untuk setiap unit adalah berharga 25 Euro.



p/s : Cantik... 

Sumber : Here

Kejam : Penjaga Gol Brazil Bunuh Dan Memberi Anjing Makan Cebisan Tubuh Kekasihnya (5 Gambar)


Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan mayat itu kepada anjing.

Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.

Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.

Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.

Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.

Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.

Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.

Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.

De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009.


p/s : Kejam... 

Sumber : Here

Cool : Apabila Jeneral Dan Ketua Ahli Protes Di Brazil Berkawan (2 Gambar)

Apabila Jeneral Dan Ketua Ahli Protes Di Brazil Berkawan.
Gambar ini diambil semasa protes di Brazil. Seorang jeneral telah berjalan atas jalan raya dan bertembung dengan seorang ahli protes yang paling ganas. Jeneral ini menyuruhnya berhenti menentang segala apapun kerana hari itu adalah hari jadinya dan dia ingin balik sambut dengan keluarganya. Namun ahli protes itu tidak menentang jeneral ini, sebaliknya dia telah membeli sebiji kek hari jadi untuknya dan mereka berhenti protes pada hari itu. 

Serius : Pelakon Wanita Kelly LeBrock Dulu VS Kini (4 Gambar)

Pelakon Wanita Kelly LeBrock Dulu VS Kini.
Mari tengok sendiri perubahan pada pelakon wanita Weird Science ini.


WTF : Dress Hitam Yang Ketat Rihanna Mendapat Penghinaan Orang Ramai (7 Gambar NSFW)

Dress Hitam Yang Ketat Rihanna Mendapat Penghinaan Orang Ramai.
Dress hitamnya begitu dan dirinya yang tak memakai pakaian dalam telah mendapat penghinaan ramai pihak. Why u no how to wear dress?? Sorry agak NSFW.