Saturday, 16 February 2013

Cool : Kedai Gambar 3D Pertama Di Dunia (4 Gambar)


Sebuah kedai gambar 3D telah dibuka di Omotesando, Tokyo yang menggunakan scanner dan printer yang akan menghasilkan replika gambar 3D.



p/s : Pergh..smart gler..

Sumber : Here

Gadjet : "USB 2 USB", Pindah Data Tanpa Menggunakan Komputer (5 Gambar)


Pernahkah korang terfikir untuk memindahkan file melalui dua pendrive atau external harddisk tanpa menggunakan komputer? Satu konsep telah dihasilkan dan telah memenangi Red Dot Award 2012. USB 2 USB telah direka oleh sekumpulan designer MIMOS Berhad iaitu Saharudin Busri, Mohd Nizam Najmuddin, Mohd Rohaizam Mohd Tahar, Nuzairi Yasin dan Nazjimee Amat Omar.


p/s : Cool beb... hope benda ni cepat dijual.. 

Sumber : Here

Cool : Kingston Memperkenalkan Pendrive Berkapasiti 1 Terabyte (5 Gambar)


Kingston telah memperkenalkan pendrive berkapasiti 1 Terabyte yang dinamakan DataTraveler HyperX Predator. Pendrive ini dilengkapi dengan USB3.0 dengan kelajuan read/write 160MB/s. Pendrive ini diperbuat daripada zink alloy metal dan mempunyai warranty 5 tahun. Kingston juga telah mula menghantar pendrive 512GB untuk dijual dengan harga $1,750. Harga untuk 1TB masih belum dinyatakan.


p/s :Pergh....

Sumber : Here

Serius : Bateri Berkuasa Nuklear Yang Dapat Bertahan Hingga 20 Tahun (3 Gambar)


Batteri ini adalah sebesar ibu jari yang direka khas untuk pacemaker, sensor dan implant. Pada masa sekarang, bateri nano-tritium boleh didapati di dalam papan tanda, jam tangan, dan glow stick. 



Sumber : Here

WTF : Jangan Mudah Percaya Dengan Iklan Di Internet (3 Gambar)

Jangan mudah percaya dengan iklan di Internet... Jom tengok gambar kat bawah ni.. Kalau tak cek betul2 memang boleh tertipu  beb.. Gambar first macam besar je kolam.. rupa-rupanya... hampeh!


p/s : Pandai cari angle yang cun.. haha

Sumber : here

OMG : [Video] Helikopter Terhempas Ketika Penggambaran Top Gear Korea


Berikut merupakan video yang menunjukkan helikopter terhempas semasa penggambaran Top Gear Korea. Ketika penggambaran, pengacara Top Gear Korea, Kim Jin Pyo sedang memandu kereta Corvette ZR1 dan sedang menguji kelajuan kereta tersebut dengan sebuah helikopter AH1 Cobra. Namun, selepas habis cabaran, helikopter itu hilang kawalan dan terhempas.


p/s : Perghh.. nasib tak jatuh atas krew kat bawah tu..

Sumber : Here

Friday, 15 February 2013

Cool : Restoran Yang Menggunakan Robot Sebagai Pelayan Di China (9 Gambar)


Sebuah restoran di Harbin, China telah menggunakan 20 robot sebagai tukang masak, pelayan dan untuk menghiburkan pelawat. Restoran ini dibuka pada bulan Jun 2012 dan menjadi tarikan di daerah  Heilongjiang.

Robot-robot yang setinggi 4 hingga 5 kaki ini boleh menghasilakn lebih 10 mimik muka. Mereka juga mampu bekerja sehingga 5 jam tanpa henti setelah dicas selama 2 jam. Naum, kos untuk sebuah robot ini adalah antara US$31,500 – US$47,000.


p/s : Cool beb... 

Sumber : here

Sejarah : Ibnu Al-Haitam, Pencipta Kamera Pertama Di Dunia (8 Gambar)


Akhbar terkemuka di UK, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia.”  Akhbar tersebut menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, salah satunya adalah penciptaan kamera obscura.


Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai umat manusia.Melalui bidikan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar mulai dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa. Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepun. Sehingga, ramai antara kita meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura. Penemuan itu berawal ketika kedua mereka mempelajari gerhana matahari.

Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan citra matahari semi-nyata ditumpukan melalui permukaan datar.

Kajian ilmu optik berupa kamera obscura itulah yang mendasari fungsi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia. Mengikut kamus Webster, fenomena ini secara harfiah diertikan sebagai ”ruang gelap”. Biasanya bentuknya berupa kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah mengilhami penemuan film yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton.



“Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, beliau menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.



Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham: First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan ilmuwan pertama yang berjaya menumpukan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.

Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi, iaitu sekitar 5 abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera obscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh modern).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827.



Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris ketika Perang Crimean. Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan kamar gelapnya . Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.



gambar kekal pertama yang dirakam di dunia
 Peradaban dunia modern tentu sangat terhutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham selama hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semua didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.


Sumber : Here

Serius : Coco Brown, Pelakon Porno Yang Bakal Jadi Angkasawan (2 Gambar)


Pelakon filem lucah, Coco Brown merupakan pelakon filem pornografi pertama yang akan menjadi angkawasan. Brown yang popular menerusi filem "Black Panty Chronicles 2" dan "Big Booty Bomb 2" dilaporkan sedang menjalani latihan dengan syarikat pemilik roket Belanda.

Aktres berusia 32 tahun itu bagaimanapun perlu membayar €64,000 (RM320,000) untuk menjadi sebahagian daripada kru misi angkasa lepas Belanda. Dalam pada itu, Brown yang bakal menjadi 'astroslut' tidak lama lagi bersedia untuk 'kenakalannya' ketika berada di angkasa lepas.

"Kami ada pakaian yang perlu dipakai tetapi tengoklah mungkin saya dapat lakukan sesuatu di atas sana."

"Mungkin saya tunjuk buah dada dan ambil gambar dengan foto bumi sebagai latar belakang," kata aktres itu kepada The Sun .

Harga satu tempat duduk dalam roket itu adalah AS$100,000 (RM300,000).


p/s : Diharap kapal angkasa beliau meletup ..hoho

Sumber : Here

Gempar : Meteor Jatuh Di Chelyabinsk, Russia, 500 Orang Cedera (5 Gambar)


Serpihan tahi bintang (meteor) meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 500 orang cedera. Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.

Menurut sumber Kementerian Kecemasan Rusia, pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan.






 p/s : Pergh.. Armageddon.. 
 
Sumber : Here

Info : 16 Fakta Menarik Mengenai Bayi (Gambar)


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.


Sumber : Here

Cool : Tasik Turkana, Tasik Terbesar Di Padang Pasir (7 Gambar)


Berada di tepi Tasik Turkana atau lebih dikenali sebagai Tasik Rudolf mungkin anda rasa bagaikan berada di tepi pantai, sempurna dengan keadaan pantai yang berpasir, angin kencang dan bot-bot nelayan berada berdekatan. Namun, ia sebenarnya merupakan tasik alkali padang pasir terbesar di dunia yang meliputi kawasan seluas lebih 6000 kilometer persegi. Penduduk tempatan menggelarnya tasik ini sebagai "Laut Jade" kerana airnya yang berwarna biru kehijauan.


Sumber : Here