Kongsikan Entri Kami

Friday 4 January 2013

OMg : Lelaki Bayar RM800,000 Untuk Baju Emas 22 Karat (3 Gambar)


MUMBAI: Sepasukan tukang emas mahir menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013.

Menurut laporan media semalam, sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan. Baju itu didakwa berharga RM800,000.

Akhbar melaporkan, ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu mahukan baju berkenaan dihiasi enam butang kristal Swarovski - sebuah jenama pengeluar barang kemas elit berpangkalan di Austria.

Selain itu, ahli perniagaan terbabit juga mahu melaram dengan seutas tali pinggang emas. Ahli perniagaan terbabit berkata, dia menganggap pakaian dan tali pinggang itu sebagai satu bentuk pelaburan.

“Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan 10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.

“Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak.

“Tidak timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya. - HT




p/s : Siap upah bodyguard tu... nak menunjuk punye pasal... 

Sumber : Here

7 comments:

garu said... Best Blogger Tips

Bergelapan

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni nak gelar hape ni??..papa jarum ke?

Unknown said... Best Blogger Tips

cool!

SADIS: GAGAL BERSETUBUH KERANA ZAKAR TERLALU BESAR!
ASYIK:NENEK TUA ASYIK GOYANG GERUDI!
SERAM:PEMBEDAHAN TUKAR JANTINA DARI PEREMPUAN KEPADA LELAKI!

Anonymous said... Best Blogger Tips

haha.. papa jarum la kot.. kna bwk dia ni g penangla bukak kedai mamak kt sna haha..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Main main main main main

Unknown said... Best Blogger Tips

mcm mana nak basuh nanti

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tak berat ker nsk bawak..huhu.. Mau sakit belakang n pinggang pas pakai..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...