PENYANYI yang juga bintang pop Amerika Syarikat, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk berkahwin dengan calon suaminya, seorang jutawan Timur Tengah, Wissam al-Mana.
Media Showbizspy, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta. Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ‘ terbesar sepanjang sejarah.’
“Mereka telah merancang pernikahan pada tahun 2013, namun waktu tepatnya masih difikirkan,” kata salah satu sumber.
Janet dan Wissam akan menjemput 500 orang tetamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk para tetamu. Kini menjadi isu mengejutkan, apabila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam.
Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept menunjukkan gambar Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk “Janet Jackson’s Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World“.
Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Abang Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson yang dikatakan menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih lagi diperbahas.
Sumber : Here