SINGAPURA – Seorang pelajar berusia 15
tahun dihadapkan ke mahkamah kerana merakam dirinya sendiri mengadakan
hubungan seks dengan rakan sekolah berusia 13 tahun dan memuat naik klip
itu di internet. Remaja dan pasangannya tidak dinamakan.
Mahkamah diberitahu, remaja itu, kini berusia 17 tahun, bertemu pelajar perempuan itu ketika aktiviti sofbal pada Januari 2009. Mereka
kemudian mengadakan hubungan seks tiga bulan selepas itu dan pada
Februari 2010, dia memujuk remaja perempuan itu mengadakan hubungan seks
oral.
Remaja lelaki itu meminta mengadakan hubungan seks oral
beberapa kali dan merekod satu sesi tanpa pengetahuan remaja perempuan
itu dan menyimpan klip itu dalam fail bertanda “B****”.
Remaja
itu kemudian memuat naik klip itu di internet dengan tajuk “Singapore
teen b****”. Dia turut mendedahkan nama dan nombor telefon pelajar
perempuan itu pada klip video itu.
Pada Julai 2010, dia mengugut
memuat naik video di internet sekiranya pelajar perempuan itu enggan
melakukan seks oral terhadapnya. Tanpa mengetahui yang video itu telah
dimuat naik, pelajar perempuan itu bersetuju melakukan seks oral.
Keadaan
bertambah buruk apabila remaja perempuan itu mula menerima panggilan
telefon meminta dia melakukan seks oral daripada orang tidak dikenali.
Pelajar
perempuan itu bersemuka dengan teman lelakinya tetapi dia menafikan
memuat naik video itu. Mereka memutuskan hubungan tetapi bertemu kembali
pada Disember 2010 di mana pelajar lelaki itu memujuknya melakukan
hubungan seks sekali lagi. Mangsa kemudian memberitahu gurunya dan laporan polis dibuat.
Remaja
lelaki itu mengaku bersalah atas 21 tuduhan kerana mengadakan hubungan
seks dengan gadis di bawah umur, menghina kehormatannya, mengugut dan
menyimpan klip video serta mencuri tiga buah basikal.
p/s : bodoh diri sendiri..