Apabila Surfboard Dan Kerusi Bergabung.
Saturday, 7 July 2012
OMG : [Video] Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini? *Amaran Kepada Pesakit Jantung*
Sila tonton video kat bawah. Amaran kepada pesakit jantung, jangan sekali-kali play video kat bawah nih. Memang horror dan sangat bahaya!!! View at your own risk.
p/s : Sori beb.. aku pun terkejut gak.. terpaksa share.. hmm..
Sumber : Kawan aku kat facebook.
Genius : Apa Gunanya Piramid Kecil Di Setiap Flyover Sekitar China? (4 Gambar)
Apa Gunanya Piramid Kecil Di Setiap Flyover Sekitar China?
Motifnya adalah untuk menghalang orang awam tidur dibawah flyover atau jambatan.
Cool : Behind The Scene Filem 'Man VS Wild' Born Survivor of Bear Grylls (12 Gambar)
Edward Michael 'Bear' Grylls telah dilahirkan pada 7 Jun 1974 adalah seorang pengembara, penulis serta pengacara TV. Dia merupakan pengacara di dalam siaran yang telah menjadi tatapan orang ramai iaitu 'Man VS Wild. Kini siaran TV tersebut telah dijadikan sebuah filem dipanggil 'Born Survivor of Bear Grylls. Mari kita lihat 'Behind The Scene' filem ini.
Cool : Menara Abraj Al-Bait, Makkah Adalah Menara/Hotel Terbesar Dunia (10 Gambar)
Menara Abraj Al-Bait, Makkah Adalah Menara/Hotel Terbesar Dunia.
Menara Abraj Al-Bait atau lebih dikenali sebagai
“Menara Jam Diraja Mekah” adalah sebuah kompleks yang masih dalam
pembinaan di Mekah, Arab Saudi. Pembinaan menara ini dijalankan oleh
syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group.
Jika pembinaan menara ini siap mengikut jadual, ianya akan menjadi
salah sebuah menara yang tertinggi di Arab Saudi dan juga merupakan
sebuah bangunan hotel yang terbesar dan tertinggi di dunia berdasarkan
fakta berikut:
1. Ruang legar yang besar berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi) bersamaan dengan keluasan Terminal 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di UAE.
2. Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang
kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia. Ianya bakal menempatkan
hotel bertaraf 7 bintang.
3. Menempatkan ruang beribadat yang besar bagi menampung seramai 10,000 orang dalam satu-satu masa.
4. Bakal menjadi bangunan ke dua tertinggi di dunia yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011.
5. Menempatkan pusat beli-belah dan garaj parkir yang boleh menampung ribuan kenderaan pada satu-satu masa.
6. Kawasan kediaman mewah di mana, kawasan kediaman yang paling
tinggi terletak pada ketinggian 450 meter dan ianya berada di bawah jam
tersebut. Jumlah keseluruhan bagi penempatan kawasan kediaman adalah
dianggarkan boleh memuatkan 100,000 orang.
7. Menempatkan jam pada setiap sudut menara (43 × 43 m
(141 × 141 kaki) menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di
dunia.
8. Atap menara adalah 530 m(1,740 kaki) dan ianya bakal menjadikan sebuah menara jam yang paling tinggi di dunia.
9. Ketinggian keseluruhan adalah 601 m (1,972 kaki).
Pembinaan menara ini terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram
yang menempatkan Kaabah yang merupakan salah satu tempat yang paling
suci bagi umat Islam. Bagi memulakan projek pembinaan gergasi ini,
bangunan bersejarah iaitu Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah
Uthmaniyah telah diruntuhkn.
Kini di awal minggu Ramadhan yang lalu bangunan ini sudah memasuki
fasa percubaan selama 3 bulan untuk menguji sistem yang dipasang dan
lain-lain. Menara yang terletak di kompleks Abraj al-Bait bakal
menggunapakai waktu standad Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada
Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard).
Setiap dari sudut jam ini bakal dipaterikan dengan 2 juta lampu LED
berserta dengan tulisan Arab yang cukup besar yang bertulis “Dengan Nama
Allah”. Selain itu, 21,000 lampu putih dan hijau akan dilengkapkan di
sudut atas jam tersebut dan akan terpancar sehingga 19 batu jauh dengan
menggambarkan dan memberi isyarat sembahyang lima waktu umat Islam.
Selain itu, ianya bakal menjadi satu kemudahan bagi menampung 10 juta
orang Islam yang bakal mengerjakan haji pada setiap tahun.
Mengikut percakapan Mohammed al-Arkubi, pengurus di salah satu hotel di
kompleks menara tersebut melalui telegraph: ‘..Menara jam tersebut
bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi
126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT) yang
menggambarkan sebagai sebuah bekas kolonial oleh sesetengan masyarakat
muslim. Ini akan meletakkan Mekah terkehadapan dari GMT..inilah
sasarannya dan saya amat berbangga dengan pembinaan menara ini ‘
sumber: nik
sumber: nik