Ronaldo Silva (39) ialah seorang banduan yang dipenjara di Penedo Prison
, Brazil ementara menunggu dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan
mengedar dadah. Beliau berjaya melarikan diri dari penjara setelah
menyamar menjadi seorang wanita.
Ronaldo menyuruh isteri beliau untuk
menyeludup masuk baju, pakaian dalam, kasut tinggi, pewarna kuku dan
rambut palsu untuk digunakan beliau. Yang menariknya taktik beliau
berjaya mempedayakan pegawai penjara.
Walaubagaimanapun beliau ditahan
sejam kemudian oleh seorang polis yang meragui tindak tanduknya. Menurut
laporan media Ronaldo yang tidak biasa berjalan dengan tumit tinggi dan
berjalan terhoyong hayang. Melihat keanehan ini si polis menahan beliau
dan terkejut apabila mendapati beliau seorang lelaki.
p/s : Macam ni pun boleh tertipu ke? Hahaha..