BOGOTA - Di saat rakan-rakan sebayanya
masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur
10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan
seberat 2.3 kilogram.
Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La
Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut
kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara
pembedahan Caesarean.
Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan
pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya,
malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan
normal iaitu 38 minggu.
Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan
seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan
membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu
termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.
Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si
bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi
bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain
percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.
Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di
mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum
Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya
berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan
persekolahan.
p/s : Ish3.. kesian dgn budak tu,, tradisi punye pasal..