Mungkin ramai yang masih belum mengetahui kejadian kapal terbang terhempas di Sungai Buloh lebih 35 tahun lepas. Kali ni admin nak share cerita pasal tragedi ini. Jom baca..
KETIKA hujan lebat melanda sekitar Subang pada petang 28 September 1977, tiada siapa menyangka ia membawa petanda buruk.
Bahkan, ketika pesawat DC 8 milik Japan Airline (JAL) terhempas di
Ladang Getah Elmina kira-kira 32 kilometer dari Kuala Lumpur, sehingga
mengorbankan 33 penumpang dan anak kapal, pekerja ladang yang tinggal di
situ langsung tidak mendengar sebarang letupan akibat cuaca terlalu
buruk.
Mereka hanya menyedari kejadian itu apabila pasukan polis tiba
bertanyakan mereka sama ada melihat pesawat terhempas atau tidak.
Penduduk kampung turut membantu pihak berkuasa menjejak bangkai pesawat
tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan atas faktor keselamatan.
Kebiasaannya, amat jarang berlaku penumpang terselamat dalam mana-mana
nahas pesawat, tetapi kejadian kali ini dianggap sesetengah pihak
sebagai ajaib kerana 45 daripada 79 penumpang termasuk 10 anak kapal
terselamat.
Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Tokyo, Jepun menuju ke
Singapura melalu Hong Kong dan Malaysia. Berdasarkan jam tangan seorang
mangsa yang mati, ia dikatakan detik terakhir jam itu berdetik ialah
pada 6.55 petang dan pihak berkuasa percaya itu adalah waktu terhempas.
Berdasarkan cara pesawat itu terjatuh dan patah tiga selepas merempuh
pokok getah dan batu besar, ramai yang tidak percaya begitu ramai yang
terselamat.
Daripada 69 penumpang, lapan daripadanya adalah rakyat Malaysia
membabitkan lima terkorban dan tiga selamat. Mangsa lain ialah rakyat
Jepun (29), Amerika Syarikat (lima), Belgium (lima), Jerman (tiga), Hong
Kong (tiga), masing-masing dua rakyat Belanda dan United Kingdom
manakala bakinya rakyat Kanada, Australia dan Yugoslavia, China, Jordan.
Hanya seorang daripada 10 anak kapal itu terselamat iaitu pramugari
Seiko Mano. Kapten pesawat, T Moriski, 36, yang mempunyai pengalaman
melakukan 6,500 jam penerbangan dan berkhidmat dengan JAL sejak 1965
turut terkorban.
Menara kawalan dikatakan mengarahkan pesawat supaya turun ke paras 4,000 kaki dipercayai akibat cuaca buruk.
|
PENDUDUK membantu mengumpul barang milik mangsa. |
Sebaik saja pesawat itu terbang rendah ia dikatakan mencecah ladang
getah dan memotong pokok sehingga ranap kawasan berkenaan menjadikan
ladang itu sebagai padang besar. Bagaimanapun, tiada pihak dapat
mengesahkan punca sebenar kejadian.
Pasukan penyelamat mengatakan bahagian pesawat bertaburan di merata
tempat dan cebisan mayat mangsa juga ditemui berkecai dan hancur.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Ghazali Shafie memuji
kecekapan juruterbang ketika mendarat cemas kerana berjaya
menyelamatkan nyawa ramai penumpang.
"Sebagai seorang juruterbang, saya kagum dengan kecekapannya. Pasukan
penyelamat juga berusaha gigih menyelamat mangsa yang parah, jika tidak
mungkin ramai lagi yang terkorban," katanya.
Masalah hujan lebat mengganggu kerja menyelamat yang terpaksa
menggunakan mesin gergaji untuk memotong pokok yang tumbang menimpa
pesawat. Penyelamat menemui beberapa bahagian kepala, tangan, kaki dan
tubuh mangsa melekat pada pokok dan serpihan badan pesawat.
Mayat dihantar ke Hospital Universiti (HU) tetapi bilik mayat hanya
mampu menampung 12 mayat dan bakinya dihantar ke Hospital Besar Kuala
Lumpur (HBKL) menggunakan lori.
Naib Presiden Eksekutif JAL, Y Takagi, yang tiba di Malaysia sebaik
dimaklumkan mengenai kejadian mengumumkan pihaknya menawarkan kemudahan
penuh membawa pulang mereka yang terselamat dan mangsa terkorban serta
bersedia membayar pampasan mengikut peraturan antarabangsa.
INFO:
Kotak hitam ditemui di dalam bangkai pesawat dan dibuka di depan semua
pihak berkuasa Malaysia, Jepun dan Australia untuk mencari punca nahas.
Pasukan pakar JAL dan Syarikat Mac Donnel Duoglas (Amerika Syarikat turut menyiasat tempat kejadian).
200 pekerja Estet Elmina nyaris maut apabila pesawat itu terhempas tidak jauh dari kediaman mereka.
Kira-kira 300 pokok getah musnah dirempuh pesawat.
Pasukan penyelamat menemui beberapa nota menyedihkan di tempat kejadian
iaitu kad bertulis, "Selamat tinggal dan mudah-mudahan selamat. Andainya
kau mesti pergi, pergilah".
p/s : Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah s.w.t..