Saturday, 25 February 2012

Cool : "Monopoly" Edisi Nama Laman Web (8 Gambar)

Aku rasa hampir semua orang tau permainan Monopoly kan? Kalau tak pernah main sekalipun, mesti pernah dengar kan? Kali ni aku nak share permainan Monopoly edisi nama-nama laman web. Monopoly ni direka oleh studio Make Design dari Istanbul, Turki. Memang sempoi.. Jom tengok gambar-gambar ni..


ef2d3065b6d39dcbdaac27ff8a22df37

e84626bbf17dd527cad523284cc43a41

d05e77c3afb933f1fdc63f5cec513e8d

3f501e6bd803596658ccdddb45007d69

ce4d0e57f19e30b505597268ecfd3147

70321ed82ff6e4b479d35d11b2f85aa8

8b7d69385c9e19b8989ad1376015215b

p/s : Yahoo yang paling mahal dalam Monopoly ni.. Aku ingatkan Facebook..Kalau ada jual ni kompem aku beli..

Sumber : Here



Cool : Skuter Menggunakan Bateri Lithium Ciptaan BMW (8 Gambar)

Syarikat BMW telah lama memikirkan untuk menghasilkan skuter environmental friendly seperti ini. Skuter yang dinamakan E-Scooter ini sesuai digunakan oleh orang yang suka bersukan. Dengan menggunakan bateri Lithium, ia mampu bergerak sejauh 100km dengan bateri penuh. 
bmw-e-scooter7

bmw-e-scooter6

bmw-e-scooter5

bmw-e-scooter4

bmw-e-scooter3

bmw-e-scooter2

bmw-e-scooter1

p/s : Mesti mahal skuter ni. BMW beb.. what do u expect?

Sumber : Here



Wanita : Rawatan Muka Menggunakan Masker Emas 24K (4 Gambar)

Sekarang dah semakin banyak produk kecantikan menggunakan emas 24k sebagai ramuannya. Di Hanoi, Vietnam, bersempena dengan Hari Valentine yang lepas, para gadis (yang kaya mungkin) sanggup membelanjakan 1.8 juta Vietnam dong (RM263) pada rawatan topeng muka emas 24k, bertujuan untuk membantu memutihkan kulit.





p/s : Sanggup habiskan duit demi mencantikkan wajah..Bukan setakat pompuan, lelaki pun ada beb.. 


Sumber : Here



WTF : Korek Apa Tu? (Gambar)

Malas nak cakap banyak.. Agak-agak apa yang dia korek tu? Bau taik kot.. LOL..


p/s : Tolong garu kot.. Ada semut gigit.. pk positif beb.. Hehe

Sumber : Here

Cool : Tokong Thamkrabok, Pusat Pemulihan Dadah Terbaik Di Dunia (7 Gambar)


Tham Krabok Monestry merupakan sebuah kuil Buddha yang telah diiktiraf sebagai pusat pemulihan dadah terbaik di dunia berdasarkan pencapaiannya memulihkan penagih dadah.


Antara pencapaian kuil ini ialah :
  • Menghilangkan masalah ketagihan dadah antara perkara paling susah untuk diselesaikan.
  • Tokong Thamkrabuk, sebuah tokong Buddha terpencil di Thailand mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah pusat pemulihan masalah ketagihan dadah terbaik di dunia dan telah menarik ribuan penagih dari Eropah dan Amerika.
  • Tokong tersebut yang diuruskan oleh sami-sami Buddha yang masih belia, menyediakan perkhidmatan pemulihan secara percuma. Sejak ditubuhkan pada tahun 1959, mereka telah menerima seramai 100,000 penagih dan 30% daripada penagih menjadi sami selepas itu. Peratus yang berjaya bebas dari dadah adalah 95%.
Bagaimana mereka lakukannya:
  • Sebelum diterima pesakit akan diminta bersumpah untuk menghindari dadah serta arak.
  • Pesakit hanya akan dibenarkan menerima rawatan sekali seumur hidup, jika mereka melanggar sumpah, tidak akan diterima lagi untuk mendapatkan rawatan
  • Pesakit tidak dibenarkan membawa wang ketika berada di situ.
  • Pesakit akan dilayan sama tanpa mengira status samada kaya, miskin, terkenal atau apa saja.
  • Mereka dikenakan berpakaian merah dan tidur di asrama untuk bangun awal setiap pagi mengemas dan membersihankan timpat tidur, tandas serta mencuci kawasan tokong.
  • Menekankan amalan mengenali diri dan meditasi kepada pesakit
  • Dipaksa minum ubat tonik rahsia yang diperbuat daripada 108 ramuan herba. Ramuan tersebut membuatkan penagih terus memancutkan muntah dengan laju mengeluarkan segala racun yang ada di dalam badan mereka.




p/s : Dekat Malaysia pun ada pusat pemulihan dadah yang mujarab seperti di pondok-pondok yang menggunakan Al-Quran sebagai penawar utama. Yang paling penting ialah disiplin dan ketahanan diri.

Sumber : Here



Info : Cara Basuh Kemaluan Dengan Betul Sesudah Membuang Air


Cara membasuh kemaluan sesudah membuang air kecil

Lelaki:

Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

Wanita:

Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Kenapa penting untuk kita membersihkan kemaluan dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”. Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

p/s : Silalah amalkan dan sebarkan... :)

Sumber : Here



Info : Apa Yang Berlaku Di Syria? (5 Gambar)


Mungkin korang semua tau tentang keganasan yang berlaku di Syria. Banyak berita-berita mengenai Syria ditayangkan di TV sejak akhir akhir ini. Tapi korang tau tak apa sebenarnya yang menyebabkan konflik berdarah ni terjadi? Sila baca..

Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?

Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Di dalam Syiah Nusairi, mereka mempunyai 6 mazhab dan akidahnya mengikut setiap mazhab. Antara aqidah yang terdapat di dalam Syriah Nusairi adalah: Mereka bertuhankan matahari. 
  • Mereka bertuhankan bulan. 
  • Mereka juga ada yang bertuhankan awan. 
  • Yang paling menjijikkan adalah, mereka juga bertuhankan kemaluan wanita. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa manusia lahir daripada rahim wanita dan wajib menghambakan diri padanya.
Itulah diantara aqidah sesat Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad.

Ironinya politik negara Arab, tampuk kuasa politik dan ketenteraan Syria dikuasai dengan ketatnya oleh puak minoriti, iaitu Syiah Nusairi. Mereka asalnya penduduk pergunungan yang tidak sangat terdedah kepada pelajaran dan kemajuan, tetapi tokoh-tokoh dari kalangan mereka lah yang memang sedang berkuasa sepenuhnya di Syria.

Sungguh malang apabila negara yang mengasilkan ribuan ulama' warisan ASWJ ini dikuasi minoriti; Syiah Nusairi tersebut.


Golongan minoriti yang memegang tampuk pemerintahan ini ternyata mempunyai hubungan baik dengan Iran, juga sebuah negara Syiah. Walaupun bukan dari fahaman Syiah yang sama, tetapi mereka mempunyai hubungan diplomatik yang agak erat. Jika dilihat di atas peta dunia, Syria berkedudukan strategi, mencelahi Iran, Turki dan Israel: tiga negara yang mempunyai arah yang cukup ketara perbezaaannya.




Bagaimana kita dapat mengerti tanah yang begitu subur melahirkan para ulama tetapi telah dikuasai oleh golongan minoriti Nusairi? Tiadalah Allah menentukan sesuatu dengan sia-sia, mungkin ada asrar di sebalik semua ini.





Kita juga mengetahui sikap ulama Syria terbagai kepada dua; satunya golongan yang menentang penguasaan golongan minoriti Nusairi, kebanyakan mereka terusir dari tanah air mereka atau diancam oleh pihak berkuasa. Sementara satu lagi tidak mahu mencampuri urusan politik; mereka mahu menyampaikan ajaran agama kepada ummah dan mentazkiyyahkan jiwa ummah. Mereka mahu berada mengatasi kemelut kuasa. Untuk berada di kedua-dua pendirian ini adalah sesuatu yang sangat mencabar.


Mengikut pendedahan yang telah didedahkan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi yang merupakan pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi, revolusi yang telah berlaku di Syria telah dijadikan peluang untuk mereka (Nusairi) membantai sekejam-kejamnya golongan Sunni. Hal ini kerana, di dalam aqidah Syiah, membunuh golongan Sunni yang digelar sebagai Nasibi adalah sangat afdhal dan besar pahalanya.

Apakah pandangan ulama’ terhadap pegangan ini?

Ijma’ Ulama’ Sunni telah mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul kiblat. Mereka disebut sebagai golongan ghullat termasuk puak Druze yang ramai di Bukit Golan dan Lubnan. Merekalah yang hakikatnya sedang menguasai politik Syria sekarang.
p/s : Tidak dapat dipastikan samada artikel diatas adalah 100% benar. Tetapi akhbar Metro turut menyiarkan artikel seperti diatas. Semoga saudara kita dilindungi dari kekejaman Rejim Bashar.. Aminn

Sumber : Here

Sadis : [Video] Anak Penyu Hidup Dijadikan Keychain di China

Anak Penyu Hidup Dijadikan Keychain di China
Memang comel anak penyu ini tetapi takkan nak buat sehingga dijadikan keychain pula. Ini mendera namanya eh.



Horror : [18SG] Apabila Penagih Dadah Lahirkan Anak (3 Gambar)


Semua orang tau pengambilan dadah yang berlebihan boleh menyebabkan kematian. Bukan tu je..Bagi wanita mengandung yang mengambil dadah berlebihan akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Jom kita tengok apa yang terjadi kepada anak seorang penagih dadah wanita ini apabila dilahirkan.. 



p/s : Kesian giler kan? Kepada semua diluar sana, PLEASE DON"T DO DRUGS . Dadah itu sangat berbahaya.

Sumber : Here



Pelik : Ikan Kembar Siam Yang Unik (4 Gambar)

Ikan kembar siam? Betul ke ni? Macam mana ikan pun boleh kembar siam? Atau pun dia saje je nak melekat? Ada sapa-sapa tau tak? Ikan ni dimiliki oleh seorang penjual akuarium di Bangkok, Thailand. Layan je la gambar-gambar ikan ni.





p/s : Kesian pulak tengok yang kat bawah tu.. Tapi memang ada ikan yang kembar siam ni. Check kat google image yer..

Sumber : Here



Serius : Kaki Gadis Comel ini Pasti Memikat Hati Anda (8 Gambar)

Kaki Gadis Comel ini Pasti Memikat Hati Anda
Bukan saja muka yang comel tetapi juga kakinya. Memang licin dan lurus sangat-sangat.

 via :asiantown.net