Saturday, 24 December 2011

Cool : Menu Burger McDonald's Yang Malaysia Tak Pernah Ada (14 Gambar)

Menu Burger McDonald's Yang Malaysia Tak Pernah Ada .
Mesti ramai yang dah puas makan menu McDonald's yang sama dari dulu. Jadi lain kali, kalau anda berpeluang untuk melancong, sila cuba menu-menu burger yang berlainan di negera tersebut.
Tahukah Anda?
Burger McDonald's dinobatkan sebagai makanan segera terbaik dunia setakat ini diikuti oleh Burger King dan Wendy's. Selain itu, McDonald's juga mempunyai rangkaian terluas di dunia dengan 64 juta pengunjung setiap hari di 31,000 buah cawangan sekitar 119 buah negara.



McDonald’s Tamago Double Mac – Jepun
 McTurco Kebab – Turki
 Chicken Maharaja Mac – India
McDonald’s McLobster – Canada
McDonald’s McFalafel – Israel
McDonald’s McArabia – Egypt
McDonald’s McCurry Pan – India
McDonald’s McSausage Burger – Jerman
McDonald’s McHothot Mega Breakfast Sausage – Jepun
McDonald’s CroqueMcDo – Belgium & Perancis
McDonald’s McMollet – Mexico
McDonald’s Paneer Salsa Wrap – India
McDonadl’s Mega Teriyaki – Jepun
McDonald’s Rosti Brekki Wrap – New Zealand & Australia

WTF : Pasangan Bercium Dalam Kafe Kolej Kediaman di China (4 Gambar)

Pasangan Bercium Dalam Kafe Kolej Kediaman di China
Patut masuk dalam bilik asrama kalau nak sangat bermesra ni. Dia ingat di kafe Kolej Kediaman Universiti tu tak ada orang ke?




source

Serius : Kayo Sato, Model Transeksual yang Mampu Membuat Lelaki Terpikat (8 Gambar)

Model Fesyen, Pengacara dan Cosplayer terkenal dari Jepun Kayo Sato telah memberitahu semua orang mengenai jantina sebenar dia. Sebelum ini banyak khabar angin yang menyatakan dia sebenarnya lelaki tetapi Kayo tetap tidak mengaku sehingga tahun lepas. Kayo menyatakan dia terpaksa memberitahu mengenai jantinanya kerana dia tidak ingin menipu sesiapa lagi. Kayo memberitahu orang ramai yang dia telah berpindah keluar dari kampung halaman supaya boleh bertukar jantina tanpa dikenali orang lain. Dia mencuba nasib di beberapa agensi permodelan dan berjaya memikat minat pengurus tanpa disyaki jantinanya. Tetapi dia tidak menyesal memberitahu semua orang jantina sebenar kerana orang ramai tetap menyokongnya.
Kalau anda lelaki, adakah anda terpikat?

source

Kreatif : Kiub Ais dalam Pelbagai Bentuk yang Menarik (12 Gambar)

Kiub Ais dalam Pelbagai Bentuk yang Menarik




 source

OMG : Embrio Ayam dan Itik Semakin Digemari di China (7 Gambar)

Sebuah gudang di China telah dipaksa tutup oleh pihak berkuasa apabila maklumat mengenai kes telur pelik yang dihasilkan oleh gudang ini. Tetapi apabila pihak berkuasa masuk ke dalam gudang tersebut, mereka ternampak pelbagai jenis bahan kimia dan juga jarum suntikan. Kelihatan pekerja tengok menyuntik sesuatu di dalam telur. Apabila ditanya kepada pemilik gudang tersebut yang tiba tidak lama kemudian, rupa-rupanya mereka menghasilkan embrio ayam dan itik untuk mereka yang gemar untuk makan. Dia memberitahu semua ini untuk orang luar negara bukan China (serius??) Setiap hari telur yang baru dikutip akan dibawah ke dalam gudang sehingga mereka pastikan embryo terbentuk di dalamnya. Mereka akan pastikan ianya tidak berubah menjadi anak ayam atau itik lagi. Kemudian mereka akan memecahkan telur lebih kurang 1/4 daripadanya untuk menyuntik embrio ayam dan itik tersebut. Ini untuk memastikan mereka terus mati dan juga tahan lama serta boleh dimakan. Tetapi pihak berkuasa kemudiannya menutup premis ini kerana didapati tidak mempunyai lesen perniagaan.




source

Fakta : Korea Selatan Pernah Menjadi Antara Negara Termiskin Di Dunia (4 Gambar)


1950, KOREA SELATAN adalah salah satu negara termiskin di dunia. Setaraf dengan negara-negara termiskin di Afrika dan Asia. Ekonominya hanya bergantung kepada pertanian gara-gara perang dengan Jepun dan Korea Utara


Dalam 4 dekad, Korea Selatan cepat berubah dari negara termiskin, menjadi salah satu negara paling kaya dan tercanggih di dunia dengan nilai ekonomi Trillion dollar.

Tahun 1963, pendapatan perkapitanya cuma $100. Tahun 1995 sudah meningkat ke $10,000. 2007, $25,000. Goldman Sachs meramalkan Korea tahun 2050 nanti akan jadi negara nombor 2 terkaya di dunia, dengan pendapatan perkapita $81,000. Korea, juga tercatat sebagai bangsa dengan pertumbuhan ekonomi tercepat sepanjang sejarah.

Dan inilah keadaan bandar di Korea Selatan yang berubah menjadi kota mewah ini.





Produk-produk elektronik Korea, Samsung dan LG, telah menguasai pasaran dunia. Dari smartphone canggih, television plasma, LCD dan semikonduktor. LG sendiri sekarang adalah perindustrian pembuat panel plasma terbesar di dunia. Samsung, adalah konglomerat terbesar di dunia, yang hanya kalah oleh General Electric.

Industri pembuatan kapal Korea, Hyundai dan Samsung Heavy Industries, adalah yang terbesar di dunia dan mengalahkan Jepun pada tahun 2004. Hyundai, juga menjadi perusahaan otomotif ke 5 terbesar di dunia.

Korea juga telah jadi negara termaju di dunia dalam hal infrastruktur teknologi. Sejak tahun 2000, seluruh masyarakat Korea telah menikmati jaringan internet 100 Mbpps, siaran television interaktif high-definition, teknologi komunikasi 4G.

Para pemimpin Korea juga punya visi yang sangat maju dalam penyerapan dan pengembangan teknologi. Inilah kunci dari semua bangsa-bangsa termaju. Tahun 1959, kerajaan Korea sudah mendirikan Korean Atomic Energy Commision. Pertengahan tahun 1960, Kementerian Sains dan Teknologi dibentuk. Lalu Korea Institute of Science and Technology yang dibentuk untuk research industri.

Dan setelah itu, proses pembelajaran sains dan teknologi dilakukan secara besar-besaran. Para cendekiawan asing dan segala macam teknologi terbaru dari Barat diserap habis-habisan. Seperti Jepun, R&D digalakkan, orang-orang serta badan-badan research yang unggul diberi dana yang sangat besar oleh kerajaan.
Industri-industri dengan potensi pasaran masa depan yang besar dianalisis dan dikejar habis-habisan, baik oleh kerajaannya dan swasta.

Dan bagaimana cara agar bangsa Korea punya kemampuan yang tinggi untuk menyerap sains dan teknologi ? Kuncinya adalah ….

Pembangunan manusia-manusia unggul!

Manusia-manusia unggul yang punya kemampuan tinggi dalam menyerap ilmu dan teknologi. Pembangunan manusia-manusia unggul, melalui pendidikan unggul. Pendidikan terbaik di dunia.

Sejak lama, pemerintah telah berjuang supaya kanak-kanak Korea memiliki nilai matematik dan sains yang tinggi. Tidak dalam ukuran Korea sendiri, tapi dalam skala global. Jadi sistem pendidikan terbaik di dunia harus dibentuk.

Dan Korea telah berjaya. Tingkat IQ Korea secara nasional adalah yang tertinggi di dunia. Dan kanak-kanak Korea juga memiliki ranking teratas dalam kemampuan matematik, sains, problem solving, dan membaca dalam peringkat OECD, Organisation for Economic Co-operation and Development.

Bagaimana dengan orang kita?

Jangan malu kerana anak-anak kita pun cepat mengikut rentak orang Korea. Malangnya bukan meniru remaja Korea menyerap teknologi terkini tetap apa yang kita serapkan ialah muzik K-Pop mereka.

Remaja kita begitu teruja dengan budaya K-Pop walaupun tidak faham dengan bahasa dan budaya mereka. Ini menunjukkan Korea Selatan sudah maju bukan sahaja ekonomi, sukan malah bidang hiburan yang menjadi taraf dunia.



Sumber : Here


Kantoi : Gambar Fitnah Adam Adli Gay Adalah Gambar Gay Filipina (2 Gambar)


Sebelum ni ada blog yanbg telah memfitnah Adam Adli ni seorang Gay. Boleh rujuk entry ni --> Adam Adli Dituduh Gay . Malangnya fitnah mereka terbongkar apabila gambar yang disebarkan oleh blogger-blogger United Malays No Otak yang didakwa adalah gambar adam Adli sebenarnya merupakan gambar Gay Filipina. 

Gambar tersebut telah dimuat naik ke internet sejak 2010, di salah sebuah blog Gay Filipina. Malah terdapat gambar lelaki ini yang menunjukkan kemaluan yang tidak bersunat (Link lucah tidak disediakan harap maklum).


Akhirnya fitnah telah terbongkar. Tapi memang terang-terang gambar tu tak sama pun dengan muka Adam Adli. Semoga orang yang menyebarkan fitnah ini insaf dan bertaubat.




Sumber : Here