Pelancong yang mengunjungi Sungai Jian, Luoyang China terkejut apabila air sungai ini bertukar menjadi merah seperti darah sejak beberapa hari yang lepas. Air ini menjadi merah kerana pembuangan haram oleh sebuah kilang loji kimia berdekatan. Penduduk di sekitar terkejut dengan perubahan ini dan melaporkan kepada pihak berkuasa. Selepas beberapa hari, pihak berkuasa mengesahkan punca perubahan ini adalah disebabkan oleh kilang loji kimia yang menghasilkan pembungkus untuk mercun dalam persiapan Tahun Baru Cina. Kini kilang tersebut diberhentikan sementara untuk siasatan bagi memastikan bahan yang digunakan adalah selamat digunakan.
source